Sunday, April 24, 2011

patutkah aku yg menderita?

ewah2.. tajuk bukan main lg drama melayu..
sebenarnyer, (tiada yg benar melainkan yg benar-benar belake)
entry ini adalah sambungan daripada entry sebelumnya..
yg mana, entry ini ditulis selepas masalah teknikal dibahagian mental dapat diatasi dengan rawatan yg penuh bergaye.

begini ceritanye...
setelah bertingkat2 penjare yg telah ditempuhi oleh luffy,
(termasuklah tingkat padang pasir yg maha panas, tingkat yg ade api membakar - sebijik mcm nerake la dan juga salji yg sejuk membeku)
tetiba, boleh plak ade tingkat 5 setengah yg berada diantara tingkat 5 dan 6 yg menempatkan pondan2 yg x melepak di lorong hj. taib.

dpt x korg bayangkan penderitaan luffy utk sampai ke tingkat 6 (tingkat bawah sekali)
di mana ace kne penjare..
siap berlawan dgn ketua warden penjare yg mkn devil fruit-venom.
seluruh badan die dipenuhi bisa.. sape lawan ngan die mustahil menang.

luffy pun kalah..
tp telah dirawat oleh pondan yg mempunyai muke paling besar di dunia. mcm pinggan!

dipendekkan cerita yg panjang...
 (ni belum sampai part yg aku nak cerita betol ni - aku pun da naik bosan da tgu bile cerita ni nak abis)

korg nmpak x penderitaan luffy nak selamatkan abg die?
nmpak ke buat2 x nmpak?
nmpak mcm x logik, (katon mmg x logik pun)
tp itulah kenyataan. hehe..

luffy x sempat nak selamatkan ace dipenjare janji - nyanyian awie,

ace & luffy pun menyanyikan lagu glemer m.nasir & siti nurhaliza-bagaikan sakti

ace:
'setapak melangkah, 2 langkah ingatan kanda pada dinda
luffy:
adinda bersumpah jika kekanda tidak kembali,
adinda akan menyusul kekanda.
menginjak pada tanah yg sama
bernafas pada udara yang sama
ace:
layar berbelok2.
sauh dibungkar di tempat tenang.
yang tinggal hati x elok,
yg pergi hati x senang.

 setelah beratus-ratus episod aku tgok, baru kat episod 400++ ni aku tau yg diorg ni bukan adik beradik kandung..
hati terkejut bukan kepalang.
perasaan semakin berkecamuk lebih parah apabila digigit nyamuk sambil menonton babak2 yg mendebarkan..

biase klu kite bace novel, mesti kite letakkan diri pada watak heroin tu kan (sbb aku pempuan)
tp dalam katon ni, aku xtau nak letakkan diri aku pada siapa...
pada luffy?
pada ace?
pada datuk die yg dah ssh payah jage diorg dr kecik?
pada captain buggy (oh tidak!)

akhirnya, luffy berjaya jugak lepaskan si ace ni daripada dipancung.
dan masa nak larikan diri daripada tempat tu.
berlaku sesuatu yg menyayat hati aku.

ace mati dibunuh oleh salah seorang anggota navy semasa nak lindungi luffy.


x semena-mena, air mata pun berguguran..
jatuh perlahan ke sarung bantal berwarna hijau pucuk pisang..
wargghhhhh!!!!!!!
aku tenggelam dalam emosi yg sangat teruk..
kenape aku boleh beremosi sgt tgok katon ni?

seperti mana aku tgok citer kuch-kuch hota hai,
citer thursday with morrie,
citer blind side,
citer one litre of tears
mcm tu jugak lah aku menangis dek kesedihan melampau...

setelah menempuh onak ranjau berduri,
perjalanan luffy nak selamatkan ace mcm sia2...

bila aku ceritakan pada sorg kawan,
yg aku nangis beria sbb ace mati dibunuh...
mari kite same2 bace dialog di bawah..

aku : aku sedih gler bile ace mati.. nangis x henti2.. aku terase hidupku kosong, gelap gelita, walaupun rumah sewa aku x balck out (dialog ni telah ditokok tambah mengikut kesesuaian)
die : la.. ace tu bkn watak penting pun.. kadang2 je ade.. bukan slu kuar pun.. tu pun nak sedih..
aku : weh, aku ngan adik beradik aku pun setaun bpe byk kali je jumpe, lau salah sorg dr diorg xde msti aku sedih gler.. aku terlalu meletakkan diri aku pada luffy rupenyer... huhu

pengajarannya, siapa jugak yg pergi menemui Ilahi, haruslah sedikit sebanyak kite berase sedih.. walaupun hanyalah watak katon yg 2-3 kali je kuar setelah beratus2 episod ia ditayangkan.. huhu
jadi persoalannya, patutkah aku yg menderita???

p/s: pendidikan seni.
aku nak letak gambar tp tenet yg mcm siput babi ni terlalu menguji kesabaran aku yg senipis kulit buaya ni.. sok2 jela aku isi ye.. ;p

sekian, wassalamu