Showing posts with label family luv. Show all posts
Showing posts with label family luv. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

BUKAN APA-APA

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH
(amboi, bg salam capslock semua. marah ke?)

entry ni sesuai utk bacaan para isteri. dan kalaulah ade isteri org yg baca, bolehlah tinggalkan komen dan pendapat anda yg menyokong kenyataan sy atau memberi komen positif sahaja. komen negatif walaupun 1 huruf, terus aku blok.
(kalau cume 1 huruf macam mane nak tau negatif ke tidak kan?)
-kalau dah negatif tu, negatif jugak lah. auranya terpancar walaupun ko belum taip apa2. 

alhamdulillah, hidup berkeluarga secara full time x part time dah mcm dulu, byk mengajar erti kehidupan. (ayat novel, tp ini bukan novel jiwang)

selepas beberapa lama duduk dgn suami dan faham rutin die, (aku pun harap die faham rutin bini die yg kebanyakan mase pemalas ni) aku boleh manage benda dgn sederhana baik la - boleh kate -
dan mcm yg aku jangka, tanggungjawab semakin berat. sbb dulu layan ank je. basuh baju ank je. masak utk anak je. basuh berak ank je. baju ank xpayah gosok.
tp sekarang, kena layan suami, basuh baju suami, tp xla kena basuh berak suami, walaupun kalau die nak berak mesti die ajk aku teman dan basuhkan berak die (aku serius ni, walaupun suami aku xserius).

and, after a long day with chores, tidur. then pg esok bgun, sambung plak buat keje. jemur kainlah, basuh botol ank la. dan pape lg yg remeh temeh. aku bgn xawl mane pukul 5.45 tu kire ok la kan.

dan suami die cume akan bgun dalam jangka waktu yg cukup2 utk die mandi, sembahyang, pakai baju dan update clash of clan game die tu.

dan ini klimaks novel yg x jiwang ni.

dan, bile die bangun tido, kalau die marah2 on some particular reason, contohnya aku tersalah iron baju die ke, or x isikan air dalam botol air die ke, or x tutup paip air kolah ke, or letak kasut kat seat depan dlm kereta ke.

ayat aku sepatutnya berbunyi mcm ni:
suami aku xsepatutnya marah aku bile aku rase kesalahan tu x berape nak bg masalah besar pun.

tp, aku teringin sgt nak ckp mcm ni:
suami aku xlayak nak marah aku bile kesalahan tu xberapa nak bg masalah besar pun.

sbb ape, sbb aku rase mcm ni.
-kami masing2 kerja. aku blik rumah pegi ambik ank dulu. xpela. sbb aku yg pakai kereta kan. die naik moto.
-dan die kena la bertolak ansur klu aku buat salah pape. tlg maafkan aku dan perbetulkan kesalahan tu. drpd die duk msm muke dan membebel. sbb aku dah tolong die byk. tolong die selesaikan tggungjawab di rumah. kan kerja rumah tu tggngjawab suami. tp aku tolong, walaupun aku ni dr azali mmg pemalas tahap petala tujuh. memandangkan itu dah jd budaya dlm hidup kite org melayu.

tp sejak dah beberapa bulan ni, aku selalu slow talk dgn die. klu aku terasa atau terguris dgn perangai die, aku diamkan dulu. nti dah nak tido aku akn ckp berbisik2 pd die sambil menangis. baru aku rase lega.

dan alhamdulillah, bukanlah semua bnda die serah kat aku suruh buat.
die rajin basuh pinggan sendiri.
dan kalau aku tgah sibuk or sakit kepale die akn berusaha layan ank die walaupun kadang2 syifa mesti nak melekat dgn aku jgak.
kalau aku merajuk, die tlg jemur kain. haha.

terima kasih abg sbb memahami.
kalau abg bace, b nak abg tau yg b bersyukur sgt dpt abg sebagai teman hidup. 
segala kekurangan kite, kite akn usaha tutup dgn kelebihan kita.
luv u

sekian, wassalamu.


Wednesday, December 21, 2011

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari

owh. hari ni excited sgt nak tulis blog. sampai lupe nak ucapkan 'Assalamualaikum'.
Assalamualaikum.
tak jawab dosa, jawab dapat pahala
(yg mane aku benci sungguh kalau ade org yg cakap benda ni kat aku. huh! diulangi: huh!!)

hari ni, kita akn membincangkan topik yg glemer.
seglemer mcm mase aku kawen
(kire glemer la jugak klu nak kire bpe gajet yg menyala-nyala flash cameranya sbb nak tgkap gmbar aku yg x berapa nak glemer ni. kirenyer, perkahwinan jela yg buatkan aku glemer sekejap. dah la aku giler glemer. )

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari  no.1
sebelum kawen lg aku dah dpt kumpul hadiah. wah! aku mmg suke hadiah. hehe. suspen!

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari no.2
sebab hadiah jugaklah, aku dpt bertemu dgn insan ni.
tadaa!!!
ini adalah kawan aku dr alam maya.
tp bukanlah mcm dalam citer omputih yg ade kawan fantasi sume bnde mengarut tu.
klu aku ade kawan fantasi pun,korg bukan boleh nampak pun. tgkap gambar bogel pun boleh mcm tu. (kawan fantasi aku le, xkan la aku plak. nak kne ketuk dgn en.safwan?)

ini adalah cik ara. dah dekat 2 tahun dah kenal dlm pesbuk. dlm blog, die je yg kenal aku, sbb die x tulis blog. hehe. (aku saje je wat2 x kenal)

tp yg sgt2 syok, dlm pesbuk, bukan main lg kutuk mengutuk tahap petala 7.

mase nak jumpe, (cik ara nak pass adiah je sbb xleh attend majlis aku, tp sbb dah dpt kad, die kne jugak bg adiah. hehe) 
oh, kenape hati ni berdebar2.
mcm nak naik bas express wat 1st time.
mcm nak terberak, tp x jumpa toilet awam. takut terberak kat situ jugak.
mcm nak terkencing, dah jumpe tandas, tp masuk2 xde air plak.
mcm mase bakal mak mertua nak sarung cincin tunang.
mcm mase dengar en.safwan lafaz nikah.
(ewah! mentang da kawen, nak show off)
macam nak jumpe blind date.
ensem x die mcm aku?
die ade gg taring mcm aku x?
die tinggi ke rendah?
cukup ke sifat die?
mcm mane kalau yg aku nak jumpe tu sebenarnyer alien?
atau serigala dlm cerita red riding hood tu?
yela, mane la aku tau. sebelum ni, cume sembang kat pesbuk je.
kalau kucing yg menaip pun, die letak gambar org, pun aku boleh percaye.
bukan aku pernah nmpak pun die.

tp, x seperti yang aku gambarkan dalam kepale otak,cik ara is just perfect as what she appear in pesbuk.
die ensem, same mcm aku.
die ade gigi taring, cume xleh nak lawan gigi taring aku.
(sbb die cume sebelah, aku ade dua2 belah)
kire kalau dlm citer twilight,
(yg mane aku x sempat tgok dgn encik safwan, sbb kesempitan segale2nye. mase, duit, kereta dan sebagainye. moral of the story, aku terus muhasabah diri dengan lagu raihan yg x menghairankan lg. igt lima perkara sebelum lima perkara, lapang sebelum sempit. maknanya, lain kali kalau ade mase dan duit, terus g membazir tgok wayang citer omputih yg lalai lg melalaikan itu)
cik ara ni mcm vampire cacat la, sbb taring sebelah xde.
vampire x cukup sifat. xleh jd ank angkat doc cullen. aku boleh.
jd adik angkat edward pun ok la. sekali sekale, boleh intai die mandi. hehe
(tp kat sane nti mesti vampire lain igt aku vampire negro. korg rase x?)

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari no.3
walaupun kaum kerabat vampire lain x dpt dtg, termasuk vampire cacat @ vampire x cukup sifat, hadiah pun dah lebih dr bagus (hehe)
tp, hikmah yg lain ialah kawan2 lain dtg dan support aku mase aku kawen.
kire back up member la. dan dgn adenyer diorg, aku dpt mengekalkan tahap gedik aku sepanjang majlis berlangsung. 
 terima kasih diucapkan kepada yuyun yg mengheret ahli keluarga dan kawan baiknye ke majlis aku. nti ko kawen, insyaAllah kalau xde aral melintang pukang, aku plak menjejak kembali tanah johor yg keramat tu.


pengantin lelaki sengaja diminta menutup muka dengan berpura2 yg beliau sedang berdoa
(supaya nampak lebih alim)
sebab die sorg je yg x pakai lipstik. org lain semua bibir merah y'all.

ketahuilah kawan2, kehadiran korg mmg membawa seribu makna, apetah lg teman aku tido dlm bilik pengantin (tanpa en.safwan la of course)
pengorbanan korg sgt berhargewalaupun korg xdela berkorban mcm lembu yg kne korban mase raye haji tu. kalau x, kompem dah korg kne sembelih mase kenduri hari tu utk dibuat lauk.
mesti org berebut nak mkn daging dayah. tp xcukup.
wardah plak kompem2 kne korban jd sup tulang.
dan elly plak just perfect utk lauk pengantin aku rase.tp aku x sanggup la nak mkn kawan baik aku sendiri. aku bg rombongan yg dtg je mkn. ok?

tp nasib baik pengorbanan korg x berlaku mase raye haji. you all are lucky. hehe

dan untuk pngetahuan wardah, en.safwan sgt admire dengan sireh junjung hasil collaboration kite berdua. dan kami abadikan bunge tu, tanpe sireh dalam lampu tidur yg kami dah anggap mcm pasu bunga.just perfect for the flowers. hehe.
tp bukan lampu tidur yg ko bg la. lampu tidur yg mmg sesuai dijadikan pasu dan lampu tidur.
oh, how romantic. haha

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari no.4
mak ngan abah aku dah dpt sorg lagi menantu yg x sure lg oleh memeningkan kepale atau x.
yg akan peluk die kalau buat silap dan menangis2 minta maaf.
oppss! sensor.



tgoklah muke mak n abah aku yg tengah pening2 lalat tu sebagai bukti hujah aku di atas.

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari no.5
dan hikmah yg paling best.



aku dah ade laki!!!!!
(sambil senyum trsipu2. kalau korg tgok muke mase ni, sumpah korg mesti nak tampar, sebab aku tengah senyum gatal)

oh.sebelum aku terlupa. ini adalah tambahan.
kalaulah gambar berpakaian nikah di atas bukalah gambar aku, dah kompem aku xnak tgok lame2. tp, oleh kerana, pengantin itu adalah aku, yg memakai baju pengantin itu adalah aku dan muka pengantin itu adalah aku, maka, terpaksalah aku tgok berkali2 walaupun aku tau make up itu tidak sesuai untuk muke aku. korg pun tgoklah berkali2 kalau korg sudi, dan perasan yg pengantin itu adelah korg.

sekian, wassalamu

Monday, August 1, 2011

emak cakap

minggu lepas aku balik umah..
bertemu kedua org tua (i mean, betol2 tua. ;p)

mak merungut sedikit sebanya pasal kehidupan die.
emak cakap.

'mak rase idup mak sekarang dah x seronok macam mase korang kecik2 dulu.'

aku dapat lihat yg mak mmg maksudkan ape yg die cakap.

serius shit, sebelum ni pun aku dah rase benda yang sama.
cume aku x pernah cakap kat sape2.
takut pihak yg bertanggungjawab terdengar, lalu lari dr rumah - tanpa memakai selipar plak tu.
jadi aku diamkan saja.

emak ckp lg,
sejak org asing dah masuk dalam rumah, dan menjadi sebahagian daripada keluarga kami,
kami masih tahu bergembira, cume, dulu lebih gembira.
kami masih pandai melawak, cume, dulu lawak kami lebih berkualiti.
kami masih lagi boleh ketawa, cume dulu ketawa kami mcm langsuir, skrg macam ank dare tercekik biji rambutan.
kami masih lagi mengamalkan aktiviti memanjangkan waktu makan dengan bersembang, cume dulu, waktu itu lebih panjang.

cuti tengah tahun lepas, en.safwan ade dtg ke rumah
(misi menghantar bantuan ke rumah ank yatim - aku la tu ;p.. bantuan tu plak adalah berbentuk sebuah kereta)

en.safwan ade ckp
'org dalam umah b ni semua pandai melawak.'
dan die sangat risau sekiranya die x dapat bergerak seiring dalam usaha membuat lawak.
jd, sebelum menghantar aku pulang ke rumah dr kl, die terlalu berfikir ape lawak yg die harus buat supaya die lebih mudah berkomunikasi dengan famili aku, kononnya.

akhirnya, aku yg tgok die mcm dalam keadaan tertekan pun bertanya apeka punca tekanan beliau.

sambil tergelak dengar penjelasan die, aku ckp
'kenapa nak kne fikir nak buat lawak ape? xyah susah2 fikir. orang yg x pndai melawak selalunya akan jadi mangse je kat umah kami.'
elok lah klu die x pndai buat lawak. kalau semua org pandai melawak, dah xde sape la yg akn jd mangse.

agaknya, kalau die kenal aku dr dulu, mesti lg tertekan.
(sila refer cakap emak yg di atas)

emak cakap lg,
nanti bile kami semua dah kahwin, dan ikut suami,rumah emak masih perlu di jaga setelah ketiadaan emak.
nanti bile kami semua dah kawin, semua mesti balik berkumpul raya di rumah emak walaupun mak dah tiada.
nanti bila kami semua dah kawin, janganlah bergaduh sesama adik beradik setelah ketiadaan emak, sebab emak ckp, emak dah xde nak leraikan pergaduhan.
nanti bile dah kahwin, sentiasa tanye kabar adik beradik yg lain. tolong adik2 atau kakak2 yg idupnye lebih susah, lepas ketiadaan emak, sbb emak dah xde nak tolong.

kalau dulu,
aku selalu rase mak x sayang aku mcm emak syg kakak aku.
tp sekarang aku x peduli dah tu semua.
kalau mak xsayang aku, xde plak aku hidup macam org yang xde emak.

kalau dulu,
mak x susah2 masuk ladang,
menoreh getah,
jadi tukang masak,
xde la plak aku dpt jadi cikgu mcm sekarang.

walau ape pun yg org lain cakap pasal mak diorang,
mak aku tetap mak yg paling hebat dalam dunia.

sekarang ani nak cakap..
ani sayang mak, walaupun nanti lepas ketiadaan emak.
emak will always be the best mom in the world.

Monday, July 11, 2011

bateri

sungguh elektronik sekali tajuk kali ni..
yela.. kite dah moden.. sekali sekala,pakai la tajuk2elektronik.
this is my newborn niece. nurul ashiqin batrisyia

aku tanye abg die yg baru 4 tahun tu.
sape name adik?
die jawab 'baby pink'
sbb dr dulu akak aku mmg suke warne pink..
so, die pk pink tu mmg tuk pempuan..
bile dpt adik pempuan pun die duk ckp baby pink..

aku ckp kat angah aku, nak nampak ganas, panggil la Bat.
angah aku ade jawapan yang lebih gnas lg.

'mak ckp nak panggil bateri je'
begitulah kisah mak aku yg sungguh kreatif orangnyer..
walau apepun, aku harap batrisyia dpt membesar seperti bateri..
isi dalam lampu suluh, menyala
isi dalam walkman (ade lg ke walkman zaman skrg? haha), boleh kuar bunyi.
pendek kata, dapat berbaktilah ke mana saje die pergi..

sekian, wassalamu

Saturday, February 5, 2011

posting were the last thing on my mind

ermm.. klu posting were the last thing on my mind,
what is the main thing in my mind?
jawapannye adalah abah yg dah 7 hari terlantar kat hospital..

aku dah sebulan lebih tunggu posting dengan tahap kesabaran yg cume separas baldi dlm jamban umah aku..
bile je dah dapat posting, kenape pulak mesti abah masuk hospital?
dan bile abah dah masuk hospital, otomatik, mak pun terpakse masuk hospital..
membuatkan mud nak posting yg mule2nye nmpak indah, segalenya berakhir duke (cewah)

td lina (adik aku yg bermulut murai) bgtau yg husband die marah kat kami adik beradik sebab xnak gantikan mak jage abah kat hospital..
aku xsalahkan die nak marah kami..
tp, abah mmg xnak org lain yg jage die..
nak mak jugak..
nak kate abah ank mak yg manje melampau, x jugak.. (yela, kan abah suami mak)
tp memandangkan abah adalah seoarang yg makin kehilangan deria penglihatan,
die mmg bergantung kat mak utk pergi toilet, mandi, tukar baju..

ade satu mase kami dtg bawak makanan utk mak, mak g mkn kat luar ngan akak2 aku yg lain,
abah plak nak terkencing..
aku offer utk bawak abah ke toilet melepaskan hajat,
tp abah ttp suruh aku panggil emak utk bawak die ke toilet..
persoalannya skrg, klu dah aku nak teman abah g toilet mase melawat pun die xnak, mcm mane aku nak tukar shift ngan mak utk jage abah abah walaupun sehari..
soalan yg abah bg aku mase aku mengofferkan diri utk bawak die g toilet,
'ko nak ke masuk ke toilet same ngan abah utk pegang air ni? (yg disalurkan secare terus menerus ke tgn abah)
aku diam..
aku rase abah malu.mungkin die rase mase tuk tu belum sampai..
klu ikutkan, aku x kisah langsung nak masuk sekali lam toilet tuk pegangkan air tu. sumpah!
tp mungkin die xnak aku pandang die sebagai org yg sakit dan lemah.. blum masenyer aku jage die..
aku kne hormat ego abah
terus aku panggil mak

seumur hidup aku, aku x pernah nampak abah setidak berdaye ini
(walaupun abah dah ade kad orang kurang upaya -penglihatan)
td mase mak baru je keluar utk mkn nasi dgn akak2 aku yg lain,
aku mcm biase gantikan mak kejap tunggu abah..
tibe2, abah suruh panggil mak sebab die nak terkencing..
aku nak offer diri, tp takut kne reject lg..
so, aku pun ngan pasrahnyer, kol la mak suh masuk jap..
mak plak mcm amik mase lame plak nak masuk..

bile abah bgun je, aku tgok ade beberape titis air kuning ats katil abah,
aku tgok kain abah, ade jugak beberape titis air warne kuning..
air mate aku terus keluar merembes (tipu!! air mate aku cume bergenang. tu pun puas dah cover)
abah dah x tahan sgt nak kencing, tp die ttp nak tunggu emak yg bawak die ke toilet..
die ttp xnak aku bawak die ke toilet..
mase abah nak ke toilet, abah pegang kain abah yg basah tu..
mungkin malu kalau org tgok abah terkencing dlm kain walaupun sikit..
hati aku tersentap..

abah yg muda dulu skrg dah tua..
abah yg sihat dulu, skrg dah sakit..
abah yg dlu boleh pergi mane die suke, skrg dah terlantar kat hospital
abah yg dlu boleh tgok muke anak2, skrg mungkin da lupe muke kami, sbb da x nmpak..
abah yg dulu suapkan mkanan ke mulut kami, skrg perlu disuap utk makan
abah yg dlu bersuare lantang, skrg kami kne dekatkan teling ke mulut abah nak dengar die berckp..

bile balik dr toilet, mak happens to gave abah the wrong leads to go back to the bed..
aku dpt dgr abah marah mak dgn suare yg perlahan..
aku tgok, mate mak berair..
mungkin mak terlalu letih..
7 hari duduk di hospital dan sekali pun x pernah pulang ke rumah..
kne marah depan org utk kesalahan yg sedikit sgt melukakan hati mak..
padahal dah pkul 4 dan mak masih belum makan menjaga abah..
dan perangai baran abah masih sama walaupun tengah sakit..
my mom is the best mom ever in the world..

abah pernah ckp kat aku satu hari,
bile aku menangis dan mengadu yg aku rase mak x adil pada aku berbanding kaka aku yg lain..
abah ckp,
'ko sepatutnye dah bersyukur sgt dapat emak sebagai emak ko.'
'kalau perempuan lain, abah rase mesti dah lari tinggalkan kite, sebab kena jage abah yg sakit, x nampak, xboleh kerja. nak layan kerenah anak2 lg yg masing2 dgn perangai masing2 plak.'
'abah selalu mnyesal kalau  abah marah2 mak, tp tu mmg perangai abah.'

bile abah ckp mcm tu, aku sentap la, ape lg mau tunggu..
kire berbaloi la heart to heart ngan abah..
membuatkan aku igt balik sesuatu yg aku dah lupe..
mak dah terlalu byk berkorban utk kami..
mak mmg the best mom in the world..

well,
cukuplah stakat ini utk hari ni..
ape2 pun, aku doakan yg terbaik utk pakcik yatim - get well soon.
utk pn.nuriati yg dikurniakan tahap kesabaran tahap dewa dewi
stick as family forever..
syg mak ngan abah..

sekian, wassalamu

Saturday, January 22, 2011

micheal jackson, brendan fraser dan hospital

semenjak due menjak ni line maxis kat kampung tercinta aku ni sgt la mnyedihkan pihak tertentu..
pihak yg terlibat dgn maxis..
contoh yg terbaik adalah aku..

sebagai bloggers yg meningkat naik (mcm negare membangun la kirenyer.. hehe)
aku rase masalah ni merupakan 1 masalah besar..
byk benda yg aku nak update, tp xboleh..
bile hari ni tetibe boleh connect internet, aku xtau lgsg nak taip ape..

aku mnyalahkan pihak maxis atas perkare ini..
kalau aku boleh jumpe ngan tokey maxis, aku akn cakap kat die,
'enck, lau nak upgrade line 3g pun, encik buat la betol2.. selame ni, kalau sy online ngan line gprs pun xde msalah..encik ni macam2 la.. sy malas la nak kawan ngan encik dah (maksud lain ialah, sy nak tukar pakai broadband lain la)'

hari tu, dalam perjalanan balik dr rawang ke jengka,
mase dlm monorail, aku terjumpe mat salleh muda yg mirip micheal jackson.
so, lau aku ade peluang aku nak ckp ' you look exactly like jacko'

sorg lg plak mcm muke brendan fraser, cume moncit sikit dr brendan fraser yg sebenar..
korg mesti igt aku nak ckp 'you look exactly like brendan fraser' kan?
tidak same sekali..
aku akn berpura2 jadi mumia.. nak tgok ape yg die akn buat..
xpun, aku ckp ' sir, would you like to have a journey to the center of the earth with me?'
mane tau die nak bawak aku mengembare ke teras bumi..
boleh kutip berlian byk2.. hehe
(sbb brendan fraser ade berlakon citer journey to the center of the earth)

lepas tu, aku pandang sorg2 manusia dlm monorail tu..
lau aku ade peluang nak ckp ngan sorg2 yg ade dlm tu, ape yg aku nak ckp..
cukup berkesan mengisi masa lapang dalam monorail..
korg try la..
bkn dlm monorail je..
dlm bus boleh, dalam lori boleh, dalam tongkang dalam perjalanan haram ke malaysia (khas utk PATI)
atau semasa menunggang basikal..semua boleh..

ermm..
lg satu cerita aku nak kongsi..

semalam g anta abah ke hospital..
sakit perut yg sgt teruk..
sian aku tgok abah..
pagi2 lg kitorg da sampai ke hospital..
xde org lg..

sejam...
2jam..
manusia makin ramai..

ade satu kereta wira berhenti kat depan wad kecemasan..
semua org tgok kereta tu, disebabkan oleh kekelam kabutan pemandu kereta mengeluarkan pesakit..
ambil kerusi roda...
bukak pintu kereta..
keluarlah seorang mangse yg rilek je..
pakcik dlm 80-an..
bese la sakit tue..
tp sumpah, muke pakcik tu rilek sgt..
jauh beza nak dibandingkan ngan bapak aku yg asyik mengerang kesakitan td..
ces.. haram jadah.. kami semua diperbodohkan oleh pemandu kereta yg kelam kabut.

disebabkan keadaan di ruang menunggu seperti berada di dalam eskimo di kutub utara,
sampai aku dah berhalusinasi ternampak beruang kutub duduk kat tepi aku..
terpaksalah aku, mak dan kakak aku berdiri kat luar pintu je..
sambil tunggu nurse g kiut miut keluar sebut name bapak aku..
sekali, nurse yg kiut miut pun dtg melangkah ke arah kitorg..
igtkan nak panggil, rupenyer nak tutup pintu..
hampes punyer nurse..

jadi, kami 3 beranak pun terpakse mengambil keputusan drastik..
iaitu bergilir2 duduk kat dalam tggu abah..
giliran ditentukan melalui tali tamplom..
tau?
ala.. yg kne nyanyi lat tali lat tali tamplom tu..
mak adalah mangse pertama tali tamplom..
kitorg bergilir setiap 15 minit..
sebab sejuk sgt..
mmg xtahan..
aku igt org hospital tertukar suhu ruang menunggu dengan suhu bilik mayat kot..


2jam setengah kemudian...
ade sorg pakcik..
die adalah bapak kepada pemandu yg kelam kabut td..

pakcik: sejuk duduk kat dalam.. xtahan pakcik..
gadis perasan cun (aku): tu la, sy pun sbb xtahan la duduk kat luar ni..
pakcik: hantar sape ni?
gadis perasan cun (aku): saya hantar abah sy..
pakcik: owh.. abah sakit ape?
gadis perasan cun (aku): abah demam, pastu pg td sakit perut truk plak..pakcik anta sape?
pakcik: anta jiran.. sakit org lame (yg aku kate rilek nak mampus td). nasib baik ank pakcik ade td..solo lg tu.. awk?
gadis perasan cun (aku): eh, sy dah bertunang pakcik..

OMG.. pakcik.. sambil menyelam minum air ea pakcik..

xpela.. sy redho..

3 jam kemudian..

pakcik: pakcik nak g minum ni..jom minum sekali ngan pakcik..
gadis yg da x berape nak cun (aku): pakcik!!! plis lah.. tolonglah jgn ngorat sy tuk ank pakcik dah!! (jerit aku sekuat hati di dalam hati)
xpela pakcik, sy tengah tggu bapak sy keluar ni..
pakcik: ok, pakcik, jalan dulu ye..
aku cume mampu tersenyum kela tsambil memerhatikan pakcik melangkah pergi bersama anknyer yg kelam kabut ala2 chef wan tu..

4 jam kemudian
abah dah boleh keluar mase giliran mak tunggu kat dalam..
keluar je abah tanye mak..
'dah petang ke?'
'la, bru pukul 12.' mak jawab..
punyer la die rase lame duk dlm tu..

abah disahkan menghidap gastrik dan migrain yg kronik..
sampai hari ni masih lg lemah longlai tidak berdaya di atas katil..
moga abah cepat sembuh..
syg abah..

sekian, wassalamu

Thursday, January 13, 2011

ini adalah entry tahun baru..
wlupun sedikit lambat..
klu aku keje kat kedai kalender, mst aku da kne buang keje hujung taun aie tu..

biasa la..
alasan aku adalah bz..
ok.. jom kite wat trek selebriti (eceh.. budget artis) ape yg aku dah buat sejak 1 jan 2011..

1 jan 2011..
aku jd pengapit kawan baik aku mase skola dulu..
ape?
xpuas ati?
kate aku tipu?
jap aku bawak kuar bukti..

2 jan 2011 aku jd pengapit lg..
anta pengantin plak.. hehe


3 jan 2011 berangkat ke KL sertai reunion anjuran ahla wardah..
1st reunion tuk DEWZ..
byk lg nak kne improve ni.. hehe

 tempat pnginapan-hotel legend

 
tempat berkubang - pool hotel legend
 tempat berhibur-KLCC
tempat terjatuh lagikan dikenang.. apetah lg tempat berhibur.. hehe

 tempat bergambar-elly terpakse bergambar disebelah kri sbb takutkan antu..

 mcm coklat la plak aku tgok poster antu ni.. lau leh mkn da lame kenyang

 tempat meronggeng/membazir-masjid jamek

 tempat melepak+beli kerepek-dataran merdeka

 tiga jejake pingitan menjual kerepek

reunion ni telah berlangsung dr 3 hingga 5 jan 2011.
sterusnya sampai ke hari ini aku masih lg terperangkap di rumah org lain..
umah akak aku.. melayan spesis ank sedare yg skrg tgh giat mnceburkan diri dlm bidang fotografi dengan misi menjahanamkan hp aku..





gambar2 di atas ialah percubaan beliau mngkap gmbar sendiri



sekian, wassalamu

Wednesday, November 24, 2010

bomoh terlampau:::kisah raye haji

da letih bercerita pasal deepavali..
(deepavali lg.. x boring ke asyik sebut deepavali je)
kali ni aku akn ceritakan pasal sambutan raye haji kat umah aku...


tu. korg nampak x ape benda makhluk asing kat leher anak sedare kesayangan aku..
(mestila kesayangan, sbb baru sorg je ank sedare aku.)

korg mesti igt die ni mix kaum na'vi dalam cerite avatar tu kan?
ade la lekat skit2 warne biru kat leher die..
tu pun kalau akak aku nikah ngan kaum na'vi yg pakai cawat tu la..
malangnyer (tidak berbau)
die bukanlah anak campuran kaum na'vi..
dan semestinyer die bukan jake sully..
ataupun, die juga bukanlah salah seorang penumpang navi marmara..

die adalah 100% clinically approved seorang manusia..
yang kene beguk
(mungkin sebab perangai cam beruk sikit)

mase si iman @ haikal @ abang (sbb ondaway nak dpt adik.. dan mungkin xkan jadi ank sedare kesayangan lg..) kena beruk,eh beguk, akak aku pun merujuk la kepada insan yg lebih dulu makan asam garam..
(asam jawa+garam)
iaitu x lain dan x bukan, the sexiest woman in the world::::: mak aku!!!
(ok! aku tipu.. mak aku x sexy langsung)

mak aku pun bg la resepi berkasih = cara nak bancuh ubat utk beguk..

kalau resepi bancuh ubat yg biasa..
nila+cuka

tp mak aku tah bnda hape die pk mase tu..
resepi die,
nila+kapur

kalau kapur kasut ok la walaupun x masuk akal..
tp ni kapur makan..
mmg menggelupur la ank sedare aku kepanasan..
mase akak aku sapukan ubat kat iman, aku dah tegor,
die kate die percayekan resepi mak aku..

akibatnyer,
warna biru tu melekat la kat leher ank sedare aku selama beberapa hari..
xleh nak hilang sbb kulit die dah melepuh..
xpasal2 dr beguk dapat plak penyakit lain..
kesian betol bdak kecik tu..

akak aku kate nak report polis..
(die gurau je ok. nak jd anak derhaka ke sumbat mak dlm penjare?)
sbb nak tgk klu2 mak aku jd tajuk muke dpan surat kabar..
kitorg da siap pilih2 tajuk da..
nenek kejam
bomoh terlampau
dan mcm2..

dan nenek mangsa hanya mempu tersengih2 bila kitorang bincangkan pasal ni..
mak aku mmg awesome!!

Saturday, September 11, 2010

raya

ku tunggu dengan penuh debaran..
adakah seperti diharapkan atau diselubungi kekecewaan..

ku kerahkan tenage, ku korbankan jiwa..
biar persalinan tiada asal hati mereka gembira..
makin ku cuba..
akhirnya ku kecewa.
letih itu tidak mengapa..
tetapi kata2 itu terlalu menyesakkan dada..

selamat menyambut syawal..
maaf zahir batin..

Tuesday, August 10, 2010

abah dan tidor..

tetibe teringatkan abah...
ni sume sbb k.long yg igtkan satu dialog abah...

mase aku kecik, aku paling suke tdo kat lengan abah...
tgok tb ke, n kdg2 mlm aku tdo ngan abah..
lengan die besar.. selesa sgt.. ;)


aku akn baring kat lengan die..
kire taik lalat die...
abah ade taik lalat yg berkumpul 1 tempat secara bulatan...
tgah wat stretching kot.. hehe..
tp smpai sudah aku xberjaye kire taik lalat die..
belum abis kire da pening...
tu r yg jd kes tdo kat lengan die (eceh alasan xtahan.. hehe)

bile aku da tidor2 aym, t abah akn tanye..
abah: da tdo ke?
aku: da abah
abah: tdo byk ke tdo skit?
aku: tdo byk..
abah: byk mane?
aku: byk ni..(terkepong disitu dgn membuat bulatan yg paling bsr aku dpt buat nak tunjukkan berape byk dah aku tdo..haha)

abah akn tanye setiap kali aku tdo ngan die...
sampai form 1 pun aku still tdo ngan abah.. huhu..
slu mak akn tdo ats katil, aku ngan abah tdo ats tilam kat bawah..
rindu abah..

sekian..

Wednesday, July 28, 2010

KESUKAAN PADA KESAYANGAN

hari ni tetiba rase sentimental value semacam..
jd, aku dedicate entry ni utk kesayangan aku..


ABAH
ape yg aku suke sgt tentang abah??
abah aku le.. xkan la abah kau pulak.. hehe
sebelum tu, tgok la dlu muke abah aku puas2..

ni gambar die mase mude.. sje nak kasi gmbar yg ensem2 xde kodut2 lg.. hehe

1. moment yg paling aku xleh lupe pasal abah.. 
setiap kali nak bukak sekolah, kitorang sume akan mniarap ngan abah, kire belanje setiap org tuk daftar dan sume brg yg nak beli. korang ade x dpt list ape yg nak dibeli daripada sekolah dlu? ade kan? bile abah potong je ape2 msti aku rase sedih. biase la mase kecik, sme bnde pun nak kan? hehe. tp sbb adik beradik aku ramai, kne la abah buat budget yg betul.. tu pun kadang2 xdpt kasut skolah baru.. pkai yg taun lepas je..

2. sekarang..
bile abah tersenyum.. abah selalu dengar kami adik beradik bercerita sambil duduk bersandar kat krusi malas die.. (kerusi ke, die yg mlas??huhu) the most sincere smile i ever seen. 
sebab ape??
sebab abah dah x dpt melihat dgn sempurna mcm dulu...
die dgar kami bercerita tapi mate die xpernah pndang ke arah kami..
bile die terase ade bnde kelakar, die akn tersenyum...
dan aku sgt sukekan senyuman tu..

3. sebab abah sayang aku...
 bnde ni mmg xleh dinafikan. xmo ckp lebih.. t aku nangis.. kat skola ni.. x baik lau budak nmpak... hehe
sy pun syg abah..





Monday, May 24, 2010

post entry...

aku nak tanye kpd blogger sekalian (aku ler tu.. huhu)
sekerap manakah anda mengupdate blog ko yg xseberape neh??
aku pun dgm bgga nyer menjawab...
"getah sekerap!!!"
hampeh.. mmg hampes...
tujuan: xde pape.. sumpah!!!

pndapat korg plak...
lau de blog, sekerap manakah korg rase ptut mngedit blog??
n blog pilihan korg plak genre yg camne??
yg korg rase nak bace tetiap ari la..
klu blog aku yg mengarut ni mmg aku xarap la ade org nak bace..

p/s: blog ini ditulis utk kepuasan ati sendiri..

yg aku xpuas ati ngan diri aku ialah, aku sndiri ckp x serupa bikin dlm blog ni.. tp aku xkan pdam mane2 entry..

hari ni merupakan paper last aku.. kajian tindakan..
so, aku xberupaya nak merapu lebih2 lg..
otak aku masih lemah lantaran study yg sgt smart..
otot tgn aku plak masih kebas kerane telah menggoreng esei sesedap rase sebanyak 3 helai kertas..
xcukup dgn itu, soalan struktur juga telah mnguji kemampuan ku utk berfikir bgaiamana hendak menggoreng ayat yg pendek?? (sbb biasenyer goreng esei je.. hehe)
soalan objektif tidak kurang menguji aku membuat bulatan yg pling sempurna..
sebanyak 20 bulatan semuanya..
dan aku buat pertandingan..
no.13 telah pun berjaye menggondoli tmpat pertame acare bulatan plg sempurna..(terharu~sob2)

pendek kata, seluruh tubuh badan aku, termasuk intelektual dan emosi (berperang ngan emosi td nak jwab soalan brape .. huhu) telah mngalami kelesuan yg tidak terhingga sehingga munkin akan mnyebabkan aku tertidur smpai pagi esok..

rawatn sepenuhnya: tidur selame seminggu baru sembuh.. WOOHHOOOO!!
tido cam org xde iman..
in fact, aku ade iman..
RIDZMAN HAIKAL a.k.a IMAN
beliau merupakan hanyalah sehelai sepinggang anak sedare aku..
berumur 2 thun..
beliau sgt berbakat meniru aksi pondan..
contoh: 'auw~ sakit I.' sambil mangangkat jari telunjuknyer di paras muka dan berlagak sebgai pondan.
ketika beliau menyamar sebagai pondan bertudung

mase ni jd pngikut ayah pon.. sbuk plak mkn eskrem..
 semangat membare nak lumbe beskal.. seting songkok dlu

cukuplah utk kali ni.. gmbar ni didedikasikan kpd guru disiplin Johor jaya 1 yg jyga seorang ustaz aqil.. semuge maju jaya arena lumba basikal malysia..

Monday, May 25, 2009

may luv will standby us forever




this is the photo of my family.. aku syg dorg banget.. cane dorg treat aku pun (ceh2, wat ayat novel.. konon2 aku la sinderela) aku trime, coz dorg je yg ade lam dunia ni tuk aku..


lam gmbar ni abg ipar aku je xde (da, xyah l korg nak tgok gmbar tu.. kan aku kate die xde ) die g mne tah.. slu sgt la ilang.. dak kecik tu lak anak akak aku.. die la permate ati ktorg skeluarge..


n ni aku rase 1st time korg akn jumpe cucu yg pggil atuk die abg.. (haha.. actually, die panggil sume laki dewase abg coz die dgar akak aku pggil hubby die abg..) so, die igt, bile akak aku pggil laki abg, die pun bole la turut serta brkurang ajar memanggil bpak die sndiri abg.. xde la plak die pggil akak aku ayang cam yg laki die pggil.. lau x aes sume pmpuan dewase pun die nak pggil ayang.. iman2.. sungguh comey la dak kecik tuh.