Wednesday, December 21, 2011

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari

owh. hari ni excited sgt nak tulis blog. sampai lupe nak ucapkan 'Assalamualaikum'.
Assalamualaikum.
tak jawab dosa, jawab dapat pahala
(yg mane aku benci sungguh kalau ade org yg cakap benda ni kat aku. huh! diulangi: huh!!)

hari ni, kita akn membincangkan topik yg glemer.
seglemer mcm mase aku kawen
(kire glemer la jugak klu nak kire bpe gajet yg menyala-nyala flash cameranya sbb nak tgkap gmbar aku yg x berapa nak glemer ni. kirenyer, perkahwinan jela yg buatkan aku glemer sekejap. dah la aku giler glemer. )

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari  no.1
sebelum kawen lg aku dah dpt kumpul hadiah. wah! aku mmg suke hadiah. hehe. suspen!

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari no.2
sebab hadiah jugaklah, aku dpt bertemu dgn insan ni.
tadaa!!!
ini adalah kawan aku dr alam maya.
tp bukanlah mcm dalam citer omputih yg ade kawan fantasi sume bnde mengarut tu.
klu aku ade kawan fantasi pun,korg bukan boleh nampak pun. tgkap gambar bogel pun boleh mcm tu. (kawan fantasi aku le, xkan la aku plak. nak kne ketuk dgn en.safwan?)

ini adalah cik ara. dah dekat 2 tahun dah kenal dlm pesbuk. dlm blog, die je yg kenal aku, sbb die x tulis blog. hehe. (aku saje je wat2 x kenal)

tp yg sgt2 syok, dlm pesbuk, bukan main lg kutuk mengutuk tahap petala 7.

mase nak jumpe, (cik ara nak pass adiah je sbb xleh attend majlis aku, tp sbb dah dpt kad, die kne jugak bg adiah. hehe) 
oh, kenape hati ni berdebar2.
mcm nak naik bas express wat 1st time.
mcm nak terberak, tp x jumpa toilet awam. takut terberak kat situ jugak.
mcm nak terkencing, dah jumpe tandas, tp masuk2 xde air plak.
mcm mase bakal mak mertua nak sarung cincin tunang.
mcm mase dengar en.safwan lafaz nikah.
(ewah! mentang da kawen, nak show off)
macam nak jumpe blind date.
ensem x die mcm aku?
die ade gg taring mcm aku x?
die tinggi ke rendah?
cukup ke sifat die?
mcm mane kalau yg aku nak jumpe tu sebenarnyer alien?
atau serigala dlm cerita red riding hood tu?
yela, mane la aku tau. sebelum ni, cume sembang kat pesbuk je.
kalau kucing yg menaip pun, die letak gambar org, pun aku boleh percaye.
bukan aku pernah nmpak pun die.

tp, x seperti yang aku gambarkan dalam kepale otak,cik ara is just perfect as what she appear in pesbuk.
die ensem, same mcm aku.
die ade gigi taring, cume xleh nak lawan gigi taring aku.
(sbb die cume sebelah, aku ade dua2 belah)
kire kalau dlm citer twilight,
(yg mane aku x sempat tgok dgn encik safwan, sbb kesempitan segale2nye. mase, duit, kereta dan sebagainye. moral of the story, aku terus muhasabah diri dengan lagu raihan yg x menghairankan lg. igt lima perkara sebelum lima perkara, lapang sebelum sempit. maknanya, lain kali kalau ade mase dan duit, terus g membazir tgok wayang citer omputih yg lalai lg melalaikan itu)
cik ara ni mcm vampire cacat la, sbb taring sebelah xde.
vampire x cukup sifat. xleh jd ank angkat doc cullen. aku boleh.
jd adik angkat edward pun ok la. sekali sekale, boleh intai die mandi. hehe
(tp kat sane nti mesti vampire lain igt aku vampire negro. korg rase x?)

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari no.3
walaupun kaum kerabat vampire lain x dpt dtg, termasuk vampire cacat @ vampire x cukup sifat, hadiah pun dah lebih dr bagus (hehe)
tp, hikmah yg lain ialah kawan2 lain dtg dan support aku mase aku kawen.
kire back up member la. dan dgn adenyer diorg, aku dpt mengekalkan tahap gedik aku sepanjang majlis berlangsung. 
 terima kasih diucapkan kepada yuyun yg mengheret ahli keluarga dan kawan baiknye ke majlis aku. nti ko kawen, insyaAllah kalau xde aral melintang pukang, aku plak menjejak kembali tanah johor yg keramat tu.


pengantin lelaki sengaja diminta menutup muka dengan berpura2 yg beliau sedang berdoa
(supaya nampak lebih alim)
sebab die sorg je yg x pakai lipstik. org lain semua bibir merah y'all.

ketahuilah kawan2, kehadiran korg mmg membawa seribu makna, apetah lg teman aku tido dlm bilik pengantin (tanpa en.safwan la of course)
pengorbanan korg sgt berhargewalaupun korg xdela berkorban mcm lembu yg kne korban mase raye haji tu. kalau x, kompem dah korg kne sembelih mase kenduri hari tu utk dibuat lauk.
mesti org berebut nak mkn daging dayah. tp xcukup.
wardah plak kompem2 kne korban jd sup tulang.
dan elly plak just perfect utk lauk pengantin aku rase.tp aku x sanggup la nak mkn kawan baik aku sendiri. aku bg rombongan yg dtg je mkn. ok?

tp nasib baik pengorbanan korg x berlaku mase raye haji. you all are lucky. hehe

dan untuk pngetahuan wardah, en.safwan sgt admire dengan sireh junjung hasil collaboration kite berdua. dan kami abadikan bunge tu, tanpe sireh dalam lampu tidur yg kami dah anggap mcm pasu bunga.just perfect for the flowers. hehe.
tp bukan lampu tidur yg ko bg la. lampu tidur yg mmg sesuai dijadikan pasu dan lampu tidur.
oh, how romantic. haha

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari no.4
mak ngan abah aku dah dpt sorg lagi menantu yg x sure lg oleh memeningkan kepale atau x.
yg akan peluk die kalau buat silap dan menangis2 minta maaf.
oppss! sensor.



tgoklah muke mak n abah aku yg tengah pening2 lalat tu sebagai bukti hujah aku di atas.

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari no.5
dan hikmah yg paling best.



aku dah ade laki!!!!!
(sambil senyum trsipu2. kalau korg tgok muke mase ni, sumpah korg mesti nak tampar, sebab aku tengah senyum gatal)

oh.sebelum aku terlupa. ini adalah tambahan.
kalaulah gambar berpakaian nikah di atas bukalah gambar aku, dah kompem aku xnak tgok lame2. tp, oleh kerana, pengantin itu adalah aku, yg memakai baju pengantin itu adalah aku dan muka pengantin itu adalah aku, maka, terpaksalah aku tgok berkali2 walaupun aku tau make up itu tidak sesuai untuk muke aku. korg pun tgoklah berkali2 kalau korg sudi, dan perasan yg pengantin itu adelah korg.

sekian, wassalamu

Tuesday, November 1, 2011

bengong VS bengang

yang bengong

mase aku tgah syok sendiri melayan budak2 lepas abis ulangkaji utk exam esok hari,
tibe2 ade sorg murid aku bernama nasrul dtg dan bertanya pada aku. 
"cikgu, pukul berape?"
aku pun dgn acuh x acuh, tgok jam dan jawab
"pukul 12.30"
die perlahan2 berjalan ke arah aku yg tgah duduk dengan relaxnye kat depan kelas tu.
tibe2 die tumbuk bahu aku sambil kire "1, 2, 3, 4"
aku punyer la terkejut dengan budak ni. kene sawan ke ape? kate aku dalam hati.


dengan tindakan reflex aku ibarat lara croft yg sepantas kilat tu terus tgkap dan pegang tangan die kuat2.
dengan penuh x puas ati, aku tanye die.
"kenape awk tumbuk cikgu?"
die dengan senyum kerang yg paling busuk, menjawab, 
"dah cikgu cakap pukul 1230. saya nak pukul cikgu 12 dan setengah kali."


yang bengang
akulah!!!



Sunday, October 16, 2011

confession of a biscuit (mayat)holic

hari ni hari ahad. 
mengenang balik hari semalam, sepatutnyer aku menjalani just another memorable saturday.
tapi, kalau nak dikenang balik, aku pun macam x percaye dengan ape yg aku dah buat semalam.

selalunyer, kalau hari cuti aku akn cuti betul2. i mean like a real holiday.
duduk, tgok tv, tido, makan.
sambil menyanyi lagu lazy song.
aku akan mencari seribu alasan utk tak berbuat apa2 di hari cuti.
kalau nak buat kerja jugak mase hari cuti, 
'baik ko carik kerja yang xde cuti, like 24/7.'
xyah la susah2 jadi cikgu. 
(masalahnyer, susah ke jadi cikgu? hehe)

menjawab persoalan di atas,

sebenarnyer, jadi cikgu memang x sesusah kerja lain.
(but dont forget, yg keje cikgu banyak cabaran)

kerja cikgu x susah. 
yang susahnyer nak jadi cikgu tu, mase nak apply.
out of thusands, u are choosen.
(sambil menaip ni aku tersengih)
(dan aku percaye, korang yang bace ni mesti tengah tersengih jugak sbb korg yg bace blog aku ni cikgu jugak-most of it. -eceh, dalam ati berharap ade silent reader. hehe)


awesomenyer menjadi cikgu chapter 1
sebab tak susahlah org semua berebut2 nk jadi cikgu. 
kluar awal skit dr ofis hour. 
kalau skola aku mule 745 a.m.
duduk pun dalam kawasan sekolah je, 
pukul 730 baru aku kluar berjalan kaki ke sekolah.
kalau aku cirit2 pun, lewat skit g skolah, aku sprint dr rumah pun masih lg sempat sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi.
tp kne lari bersungguh2 la.. dah sampai kne deeping-wajib!


awesomenyer menjadi cikgu chapter 2 (speacial edition on orang asli village teachers only)
bile aku pening, 
(sebab lame sgt tatap muke org2 asli-inilah kes di mana ia menjadi speacial edition)
dan rase x larat dah nak menempuhi dugaan mase tu, aku balik jap tido. dalam sejam ke.
(n of course time aku free ye)
bile aku rase bleh cabut awal ni, pelan2 aku kemas beg, buat muke mcm anak2 yatim skit, then aku cabut. tp paling awal pun 15 minit awal bile aku xde klas last period tu. hehe

awesomnyer menjadi cikgu chapter 3
ko xkan ade peminat sejati sesejati murid2 ko kalau ko bukan cikgu.
budak2 akan terima korang seadanya, dan akan tetap berebut nak salam korang walaupun sebelum tu kne marah macam la ko ni orang yg paling bodoh dalam dunia. 
bau kentut ko pun masih lagi wangi di hidung diorang. 
air basuh tangan ko pun kalau boleh diorang nak minum 
(kalau boleh la, tp selalunyer diorang xkan minum kalau x kena pukau dulu)


ape? artis pun ade peminat jugak hape?
owh ye. tak dinafikan. ade jugak golongan lain yg mempunyai ramai peminat.
malah jauh lebih ramai dari kalau ko jadi cikgu. 
tp kalau ko jd artis, org akn sentiasa nilai ko.
x macam jadi cikgu. guru besar, nazir, ppd atau org2 yang berkaitan je boleh nilai ko.
tp dengan menjadi artis, yang mane ko pikir awesome, yang mane aku pun pikir awesome, tp semua peminat ko akn judge ko by your cover.
kalau ko terkentut kat majlis amal berbuka puasa bersama ank2 yatim (yg mane aku harap aku ade sekali mase tu-kate tuk ank yatim?)mase org tgah bace doa- korang akan terus dianggap sebagai silent killer. lagi2 plak kalau ade la sorang due yg tumbang dek penangan gas beracun korang. orang kat situ semua diam membisu je sambil pandang korang mcm diorang dah kenyang walaupun belum makan pape lg.
xyah tgu lame, seminit due, masuk la blog2 gosip, beatifulnara ke, izyan ke, blog aku stress gilerr ke, blog serius ke. 
esoknyer pulak keluar paper
'artis cun terkentut semasa bacaan doa berbuka puasa bersama anak2 pakcik yatim'
itulah penghinaan yg paling hina dina sekali sekiranya terjai pada korang yang artis.


jangan terkejut kalau cikgu terkentut, ade ank murid yg kate 'busuknyer kentut cikgu!'
tp lebih terkejut kalau ade budak yg back up korang 'bukan cikgu la yg kentut, aku yang terkentut td.' 
but still, benda yg lebih mengjutkan adalah bila ade budak cakap 'mane ade busuk, cikgu walaupun kentut, tetap wangi'
(n it still in my imagination, i'll let u ols know if that happen. hehe)


awesomenyer menjadi cikgu chapter 4


iklan:
(korang rase tak yg tajuk n entry xde kaitan?)
(sabarlah mus, kate pak harfan. -laskar pelangi)


dengan menjadi cikgu, korang akn berasa awesome.
sebab, korang x payah nak pakai make up tebal2 mcm artis 
(ala, artis yg ramai peminat tu)
cukup baju korang cantik,  muke korang kemas dan senyum (caution: jgn senyum kerang), tiap2 hari korang akn dapat pujian (yang aku xtau ikhlas ke x) 'cikgu cantik lah hari ni. maka dengan senyuman yang bertambah manis, mud korang nak menagajar hari tu sangatlah berkobar. 
maka terbalaslah dendam aku dengan budak yg kate aku x bergaya tu.
yang membuatkan aku nak gelak macam setan. tp disebabkan aku bukan setan, aku terpakse melupakan terus hasrat aku. 
mase tu aku masih lg dalam dilema berada di sekolah ni sebagai guru novis. 
sila rujuk dilema guru novis minggu 2

(korang perasan x macam mana nak kaitkan pujian dengan semangat? ala, macam yg aku pernah ajar korang kaitakan perkataan, sehari selembar benang tu. kejayaan dan black out)


eh, aku dah cakap ke belum ape yg aku buat hari sabtu semalam, yang mane aku sepatutnye menjalani just another memorable saturday? belum? (sabarlah mus, kate pak harfan)


awesomenyer menjadi cikgu chapter 5
dengan menjadi cikgu, korang akn terus automatiknyer merase awesome. 
xperlukan lebih banyak alasan utk menjadi awesome. 
cukuplah dengan hanya menjadi cikgu. 


but.....................................................................................


walaupun out of thusands, and i'm one of the choosen to be teacher,
korang rase aku bersyukur x?
of the course la aku akn bersyukur.


tetapi mengikut dasar masusia lupe daratan,
ataupun mengikut dasar kacang lupekan kulit
(yang mane aku tau aku kacang tapi x bpe sure sape yg nak jd watak kulit)


dengan menjadi cikgu, aku merasakan, aku x dapat nak mencapai impian aku yg adelah a few.
(ke setelah aku x dapat mencapai a few of impian aku tu, baru aku jadi cikgu?)
korang silap. 
sebab, honestly cikgu was my 1st ambition that i ever dream of.


dan atas dasar- manusia memang tamak,
sepanjang beberape tahun aku belajar dari sekolah rendah, rasenyer tiap tahun aku akan pasang impian lain. untuk menjadi seseorang. walaupun sekarang aku mmglah orang.
tp yang penting aku tak pernah nak jadi seorang power rangers ye. 


(owh-mengeluh sambil mengelap peluh- kenape aku rase yang entry ni terlalu panjang- i mean betul2 panjang, bukanlah panjang seperti nickname encik safwan)

list of my ambition
1. polis
2. polis trafik
3. polis perisik
4. polis yang pandai buat kerisik
5. artis (bukan mcm artis yg terkentut mase org lain tgah bace doa tu, tp aku nak jadi pelukis.)
6. tukang jahit/pereka fesyen 
7. penyanyi (yg for sure xnak terkentut depan khalayak)
8. penulis novel
9. penunggang motorcross
10. pelumba kereta
11. pemilik bengkel
12. ahli arkeologi


dan antare banyak2 tu, yang paling terkesan sebab aku x dapat capai ialah ahli arkeologi.
yang mane, bile aku tahu, harapan aku utk jadi ahli arkeologi dah xde, aku menangis semahu2nyer. bukan sebab aku gagal capai cita2 tu, tapi sebab aku langsung xde peluang nak cube capai cita2 tu. (owh, baru aku tau aku ade kisah sedih)


dan, walaupun aku dah bekerja sebagai guru, jangan igt aku dah x pasang impian. i'm still.


impian 1.
setelah berkali2 menonton knight and day,
aku dah buat keputusan yang impian aku seterusnya ialah untuk menjadi seperti june havens.
hujah (alasan) : korang xnak ke jd awek roy miller? hehe


impian 2
dan, setelah berkali-kali menonton fast 5, aku telah membuat keputusan untuk menjadi seperti mia.
hujah (alasan) : supaya aku menjadi lebih tere bab kereta, di samping menjadi awek kepada brian. dan hidup senang lenang lepas rompak duit mafia besar brazil. nice kan?

impian 3
setelah berminggu2 melayan top chef,
korg dapat teka x ape kesan atau hasilnyer kepada diri seorang zam?
oh, tidak..
aku tidak bertambah suke memasak pun.
atau juga tidak bertambah suka makan.
tp hasilnyer ialah aku tergila-gilakan sam talbot. haha.
terus aku rase mcm nak jadi top chef jugak dalam misi mendekatkan diri dengan sam.
aku yakin sam juga begitu. 


ok. cukuplah. kalau aku ade impian baru, aku akan update.


owh.. lupe 1. confession yg aku nak buat.


td. (ahad)
aku bangun, mandi, masak.
pastu aku tido.
bangun semula.
terus makan. hasilnya sangatlah kenyang. 
masalahnyer, semalam, seharian aku x makan biskut mayat.
dan walaupun aku dah kenyang, aku tetap kena makan biskut mayat.
sebab aku rase hidup aku xkan lenagkap sehari tanpanya.


owh.. lupe 2
aku x bagitau korang lg ape yg aku buat semalam (sabtu)
aku berkobar2 dan bersemangat sekali menyiapkan kertas soalan dan memasukkan data bagi permohonan KWAPM (ye, walaupun tanpa pujian dr murid2 aku)
itulah sebab kenape hari ni, rase nak further study tu sangat meluat-luat -eh, salah- sangat meluap-luap. 
aku malu nak mengaku, tapi aku terpaksa mengaku yang aku rase aku rindu nak buat assignment.


(tak boleh panjang -bukan nickname en.safwan- lagi ke entry ni? )


boleh. nti aku post korang kne bace sampai lebam. 


sekian, wassalamu

Tuesday, October 11, 2011

terasa

wah2.. tajuk kali ni mmg nampak macam emosional giler..

apekah benda yang membuatkan aku terasa hari ni.

1. aku terasa letih berfikir. berfikir banyak sangat keje yang tak siap. fikir jela.. nak buat malas. lesson plan sgt la malas na buat minggu ni. terlibat ngan linus plak tu. ajar budak2 yg x berapa nak pandai mengeja mmg stress.. rase macam diperbodoh2kan je dek budak2 ni(sape yg bodoh sebenarnyer ni? ;p) mane la x stress. jom kite wat review kenape aku stress plak.

- muke dah tentu toye. muke macam orang asli je. (hehe) belum ajar lg dah stress.

- oleh sebab kebanyakan budak ni x pandai nak tulis nama sendiri, aku tolong tuliskan dengan hati yang ikhlas x minta berbalas pada buku tuk program mengeja diorang ni. then, ade sorang budak ni, bile aku dah siap je tulis name die, die tunjuk kat kawan die dan berkata 'panjang jugak nama kok (kok adalah bahasa orang asli yg bermakna aku). name ko panjang x?' sambil membelek2 name pada buku kawan die.. dah nak hujung tahun 1, baru die sedar yang nama die panjang. oh, program linus ni mmg stress.

- perkara yg lebih stress adalah bile diorang start mengeja. cuba korang eja ni ye. b+a = ca . b+i = ci.
ok. stress, tp belum cukup stress. cuba yang ni pula A + di = keladi.. percayalah aku nak je hempuk budak ni dengan kerusi.

2. aku terasa bahagia bile 2 malam lepas aku bermipikan aaron aziz. ha, jeles la tu.. aku tau dah... sekarang korang mesti terase plak dengan aku kan? hehe.
aku nak cerita skit je mimpi aku ni kat korang.. dlm mimpi ni, aku memegang watak sebagai seorang awek kepada aaron aziz yang telah beristeri. dan juga mempinyai seorang perempuan simpanan pulak.. mmg heaven hidup die dalam mimpi aku..

bulan lepas, aku mimpikan tom cruise. walaupun die jahat, sebab die pasang bom kat badan aku dan hanya bagi masa yang sangat singkat untuk aku matikan bom, tp aku tetap rase bahagia bermimpikan die. i mean, bukan semua orang dapat mimpikan tom cruise kan? hehe. kirenyar, kalau aku mimpi dlm mimpi tu pun, sbb kena bom ngan tom cruise, aku tetap rase bahagia.. bukan semua orang boleh mati kne bom ngan tom cruise dalam mimpi kan? hehe

masa aku f.5, aku bermimpikan menjadi awek cheng e-kin. sumpah, mimpi ni mmg bahagia giler. dan aku juga pernah bermimpikan rita rudaini (tema mimpi: gayban)

berpandukan mimpi2 yang ala2 muvie hollywood ni (a'ah kan.. npe plak aku tak pernah termimpi artis2 bollywood ea?) aku tlah come up with an idea.. yang diri aku ni pada kehidupan yang lepas adalah seorang primadona hollywood. marylind monroe la kalau xsilap aku. takpun elizabeth taylor. aku rase la.. jadi aku bertekad nak mencari siapakah diri aku sebenarnyer, seterusnya menerbitkan satu dokumentari giler glamor, dan seterusnya jadi glemer sebab orang igt aku giler.

3. aku terasa dengan budak2 darjah 6. hari ni aku kena jadi pengadil tuk pertandingan masak2 diorang yang ala2 ana oleson tu. sebab wat kat tapak khemah yg macam hutan.. (kan fresh macam ana olson gak tu. hehe )

yang aku tarase sangat tu sbb masakan diorang semua tawar.. jadi, kesimpulannya sekarang, aku terasa tawar hati dengan masakan diorang yang tawar tu. mencabar giler nak bagi markah.. haha

4. aku terase dengan nabil.. die x pernah pun nak ajak aku masuk pertandingan anda ada 60 saat. teras sangat.

4. last sekali, aku terase mengantuk dah walaupun baru pukul 11 malam..

dah.. tu je yang wat aku terase hari ni.

sekian, wassalamu

Sunday, October 2, 2011

oleh kerana stress

oleh kerana stress,
mlm td aku bermimpi,
baju nikah aku yg dah siap, langsung x lawa mcm yg aku hajati..
macam makcik tua pakai kebarung je, kateku di dalam hati..

oleh kerana stress,
pg td encik safwan yg pening2 lalat nak isi borang nikah kol aku..
bertanya itu dan ini smpai tak terjawab oleh aku.
'sekejap nak kol abah', kataku.
selalunyer org tua lebih tahu.
tp, malangnyer abah dah buat aku pening jugak mcm yg encik safwan buat kat aku.

oleh kerana stress,
aku kol adik ipar yg dah kawen 2 tahun lalu,
(tolong lah jgn igt aku ni andartu, i baru 24, you!),
jawapan dia same je dgn abah aku.
tp bile aku kol encik safwan dan bagi perkhabaran, die masih x terima jawapan aku.
lantas aku stress, dan menyetresskan pulak abah aku.
(abah aku pulak da la mmg kaki stress kalau korang nak tahu)
sampaikan bile aku kol balik encik safwan, aku terase mcm nak menangis sendu.
(dalam hati- kenapa lelaki sekeliling aku suke mendesak aku?)

oleh kerana stress,
aku terpikir macam-macam da.
aku fikir, xkanlah semua org yang nak kawen ada masalah yang sama.
kenape susah sgt nak isi borang nikah?
patut lah budak2 sekarang byk yang berzina.
hasilnya, lahirlah ank yg x berdosa.
tp, x lama lepas tu, aku beristighfar.
x patut pulak aku ckp mcm tu, aku pun bukan nyer byk sgt pahala.
dosa pun rasenyer dah x terkira.

oleh kerana stress...
baik aku tido,
ari pun nak hujan ni.. petang ni nak mimpi kawen ngan hugh jackman ke..
hilang skit stress aku.

p/s: encik safwan, sekiranya anda baca entry ni, dan rase x puas ati, tolong balas dalam bentuk sajak moden jugak ye.. pelawaan membalas pantun secare tradisional tidak akn dilayan. luv u ;p

Saturday, October 1, 2011

another memorable saturday

sabtu..
aku terperuk sendiri di bukit serok..
walaupun tiada beruk, tetapi line internet di sini sudah cukup untuk menggantikan beruk yang sebenar..

sabtu yang terperuk macam ni mengingatkan aku sabtu2 yang aku lalui sendiri mase kat maktab dulu..
x banyak beza, dudk sendiri, bercakap sorg2..
cume di sini lebih baik sikit, aku x payah nak berebut tv dgn manusia yang berbilang kaum di hostel. yang mana, kalau aku masuk bilik tv aku akn pening dengan bau manusia + bau taik kucing + bahasa yang bukan2 dapat didengari secara live ataupun melalui tv.
oh.. sgt stress...
plus, aku xpayah nak bersusah payah nak keluar utk sesuap nasi (bunyi mcm fakir miskin je)..
kat sini aku mkn je ape yg ade kat dlm rumah ni..

pg td mkn tepung, yg selepas di uli bersama sedikit air dan bawang, jadilah jemput2 yg sangat sedap di mulut aku..
(aku dah pandai masak jemput2 ok! haha)

ok, a little flashback ye?
dulu, apekah aktiviti yg akn aku lkukan pd hari sabtu yg memboringkan..
1. on the top list, bile dah boring melampau, aku akn me 'make up' diri sendiri menjadi lebih cantik dr biasa.. (hehe)
2. lepas dah make up, of the course la aku wat sesi fotoshot tuk diri sendiri plak.. bile dah perasan diri sendiri cantik rugi la kalau make up tu dibazirkan mcm tu aje.. kne la simpan wat kenang-kenangan..
3. bile dah puas fotoshot, aku akn tgok muvie, and of course with the make up on.. hehe.. mase ni la nak berangan jadi heroin.. contohnyer, jadi megan fox ke dalam transfomers. xpun jd emma watson pun ok gak, dlm harry potter.
ok, cerita ni agk memalukan, tapi aku terpakse jugak cerita (walaupun xde sediapa yg paksa aku, konon2 ade la org pakse..)
typical boring saturday in bukit serok. mase ni mmg boring, jd aku pun make up..bkn skit2 tp tebal punyer.. hehe.. lpas make up, fotoshot, pastu wat la langkah2 lain yang bile dah terlalu byk langkah utk hilangkan boring, lelame aku jd terlupe yg muke aku still on make up. x lame lepas tu,
'knock, knock'
persis nyanyian lenka, bunyi ketukan pintu kedengaran. aku pun, no doubt p bkak pintu.
'cikgu, sy nak mintak kebenaran pergi kedai' kate sorg murid darjah 6 kat aku. aku pun dgn yakin sain je terus buku kebenaran keluar masuk asrama. then mase die nak blah, die pusing n ckp
'cikgu, hari sabtu pun nak make up tbal2 ke? mase g skolah xde plak cikgu nak make up beria'.
aku yg mcm bru terjage dr mimpi tersentak.. mak aih.. malunyer.. bukan malu ape, malu la org tgok aku cantik sgt.. haha. ok. habis cerita!
4. then, dah lebam mate aku tgok muvie, keluarkan gitar, pandai tak pandai belakang kire.. petik2 sambil nyanyi skit2 dah la.. bile dah asyik salah kod je, bosan la smule.. hehe
5. pastu, bile dah rase lapar, aku amik towel n pergi mandi. start moto (moto pinjam kat wardah) g beli nasik.. x pun aku suruh je budak suruhan aku belikan.. hehe..

dan sampai skrg, jadual hari sabtu aku xkan berubah kalau aku dudk sorg2.
habis dah cerita..
p/s: sila tepuk tangan!

sekian, wassalamu

Monday, August 1, 2011

emak cakap

minggu lepas aku balik umah..
bertemu kedua org tua (i mean, betol2 tua. ;p)

mak merungut sedikit sebanya pasal kehidupan die.
emak cakap.

'mak rase idup mak sekarang dah x seronok macam mase korang kecik2 dulu.'

aku dapat lihat yg mak mmg maksudkan ape yg die cakap.

serius shit, sebelum ni pun aku dah rase benda yang sama.
cume aku x pernah cakap kat sape2.
takut pihak yg bertanggungjawab terdengar, lalu lari dr rumah - tanpa memakai selipar plak tu.
jadi aku diamkan saja.

emak ckp lg,
sejak org asing dah masuk dalam rumah, dan menjadi sebahagian daripada keluarga kami,
kami masih tahu bergembira, cume, dulu lebih gembira.
kami masih pandai melawak, cume, dulu lawak kami lebih berkualiti.
kami masih lagi boleh ketawa, cume dulu ketawa kami mcm langsuir, skrg macam ank dare tercekik biji rambutan.
kami masih lagi mengamalkan aktiviti memanjangkan waktu makan dengan bersembang, cume dulu, waktu itu lebih panjang.

cuti tengah tahun lepas, en.safwan ade dtg ke rumah
(misi menghantar bantuan ke rumah ank yatim - aku la tu ;p.. bantuan tu plak adalah berbentuk sebuah kereta)

en.safwan ade ckp
'org dalam umah b ni semua pandai melawak.'
dan die sangat risau sekiranya die x dapat bergerak seiring dalam usaha membuat lawak.
jd, sebelum menghantar aku pulang ke rumah dr kl, die terlalu berfikir ape lawak yg die harus buat supaya die lebih mudah berkomunikasi dengan famili aku, kononnya.

akhirnya, aku yg tgok die mcm dalam keadaan tertekan pun bertanya apeka punca tekanan beliau.

sambil tergelak dengar penjelasan die, aku ckp
'kenapa nak kne fikir nak buat lawak ape? xyah susah2 fikir. orang yg x pndai melawak selalunya akan jadi mangse je kat umah kami.'
elok lah klu die x pndai buat lawak. kalau semua org pandai melawak, dah xde sape la yg akn jd mangse.

agaknya, kalau die kenal aku dr dulu, mesti lg tertekan.
(sila refer cakap emak yg di atas)

emak cakap lg,
nanti bile kami semua dah kahwin, dan ikut suami,rumah emak masih perlu di jaga setelah ketiadaan emak.
nanti bile kami semua dah kawin, semua mesti balik berkumpul raya di rumah emak walaupun mak dah tiada.
nanti bila kami semua dah kawin, janganlah bergaduh sesama adik beradik setelah ketiadaan emak, sebab emak ckp, emak dah xde nak leraikan pergaduhan.
nanti bile dah kahwin, sentiasa tanye kabar adik beradik yg lain. tolong adik2 atau kakak2 yg idupnye lebih susah, lepas ketiadaan emak, sbb emak dah xde nak tolong.

kalau dulu,
aku selalu rase mak x sayang aku mcm emak syg kakak aku.
tp sekarang aku x peduli dah tu semua.
kalau mak xsayang aku, xde plak aku hidup macam org yang xde emak.

kalau dulu,
mak x susah2 masuk ladang,
menoreh getah,
jadi tukang masak,
xde la plak aku dpt jadi cikgu mcm sekarang.

walau ape pun yg org lain cakap pasal mak diorang,
mak aku tetap mak yg paling hebat dalam dunia.

sekarang ani nak cakap..
ani sayang mak, walaupun nanti lepas ketiadaan emak.
emak will always be the best mom in the world.

Monday, July 11, 2011

bateri

sungguh elektronik sekali tajuk kali ni..
yela.. kite dah moden.. sekali sekala,pakai la tajuk2elektronik.
this is my newborn niece. nurul ashiqin batrisyia

aku tanye abg die yg baru 4 tahun tu.
sape name adik?
die jawab 'baby pink'
sbb dr dulu akak aku mmg suke warne pink..
so, die pk pink tu mmg tuk pempuan..
bile dpt adik pempuan pun die duk ckp baby pink..

aku ckp kat angah aku, nak nampak ganas, panggil la Bat.
angah aku ade jawapan yang lebih gnas lg.

'mak ckp nak panggil bateri je'
begitulah kisah mak aku yg sungguh kreatif orangnyer..
walau apepun, aku harap batrisyia dpt membesar seperti bateri..
isi dalam lampu suluh, menyala
isi dalam walkman (ade lg ke walkman zaman skrg? haha), boleh kuar bunyi.
pendek kata, dapat berbaktilah ke mana saje die pergi..

sekian, wassalamu

Sunday, July 10, 2011

antara buaya, ular dan ikan jaws

antara buaya, ular dan ikan jaws..
mane yg lebih sedap tuk wat lauk tgah hari..
masak kari ke..

aku hanya bergurau di dalam intro di atas.
(x macam gurau pun..x klakar langsung!)

xdela..
aku just nak tanye korang..

sape2 ade pendrive??
(bertanya dalam nada yg paling lembut)

(aku gurau lg)
(tp knape xnmpak macam gurau pun? )

ade sape2 x dr korang survivor dr menjadi mangse keganasan atau keracunan ketiga-tiga haiwan ganas ini?
(kali ni aku dah x bergurau.. aku serius.. korg boleh nmpak dr riak muka aku skrg - jom webcam, klu x caye)

beginilah..
senang aku khabarkan kepada korang semua..
seumur hidup aku, ini yang pertama..

sekalipun tidak pernah terlintas utk bertemu sendiri dengan mangsa yang survive serangan makhluk ganas ni..

klu ular tu aku rase ade logiknyer.
tp, dlm cerita yang aku nak ceritakan kepada korg ni, mmglah x logik  benar klu korg dengar.

kisah aku::: kali pertama bertemu survivor makhluk pembunuh yg ganas lg menggerunkan.

aku: baiklah, cikgu nak awak ceritakan pengalaman manis awak.


cerita 1

ravieldo:::
mase tu sy balik kg sy kat perak..
sy pergi mandi sungai.
kat sungai tu ade buaya..
tetibe, buaya tu kejar saya dan kawan saya..
saya pun lari panjat pokok..
saya pun terselamat la dr buaya..

cerita 2

harizan:::
pengalaman manis saya berlaku di bukit serok je cikgu.
kate harizan sambil memandang aku
aku pun mengangguk minta die manyambung cerita.
mase tu saya sorang2 kat rumah..
saya main kat belakang rumah..
tiba2 ade ular sawa besar ni,
-sambil membuat bentuk bulat menggunakan jari kedua belah tangan..
dalam hati aku 'besar jgak lah'

saya pun lari la masuk dlm rumah..
tp ular tu masih lg kejar saya..
saya ambil pisau, lepas tu sy cincang2 ular tu kecik2..

cerita 3

fahmi::::
saya pergi pantai bersama keluarga..
mase saya tengah mandi, tetiba sy nmpak ikan jaws..
die kejar saya, saya pun lari cepat2 naik kat pantai..

'awak tipu kan?' tanya aku dengan muka bengis.
eh, silap.. sy x kne kejar, saya tgok dr jauh je ikan jaws tu cikgu..

sekian, wasssalamu

Wednesday, July 6, 2011

selepas tension

hahahahahahaha..

kenape? kenape aku gelak mcmorg giler walaupun aku x giler?
adekah aku terlalu hepi sampai aku boleh gelak begitu sekali?
salah!
jawapan ::
sbb aku boring giler..
(ade la jugak perkataan giler tu)

lepas je abis intebiu, aku bagaikan hilang arah..
punyer la terase free..
rase mcm dah xnak amik tau isu2 semasa.
rase mcm xnak bace paper, xnak tgok berita.
tujuan:: balas dendam stress kne tau sume isu semasa sebelum intebiu..

oh, tidak!
aku masih malas untuk mengupdate blog..

korang tau x ape cita2 aku dulu?
(lebih tepat salah satu dr cita2 aku yg melambak-lambak)

penulis nobella..
dan kalaulah blog yg cume tulisan nyer carca marba begini pun aku dah malas, bagaimana aku nak merealisasikan impian murni aku tu?

1 benda yg aku terpakse akui..
aku rase otak aku dah semakin lemah..
dah xde dah idea bernas nak mengarut dlm blog..
aku rase, aku dah kne makan beras pilihan bernas, supaya aku dapat menghasilkan hasil penulisan yang jitu gitu.. awww!
manelah tau kot2 nti boleh jd duta beras pilihan bernas plak.

beginilah, ape kate kalau aku bersare dari bidang blogging ni?
(dan saat ini, aku berharap ade seseorang yg mcm rafidah aziz mase tun dr.mahathir nak letak jawatan perdana menteri)

oh, tak boleh jugak..
sebab aku dah mengaanggap blogging ni ibarat menulis diary..
perasaan itu lebih menebal apabila blog ni x ramai pun org yg bace..
(kan macam diary tu, mane boleh org bace)
klu diary slu org sibuk nak bace, tp aku dah buat blog yg mcm diary pun xde org nak bace..
aku terpakse kesian kat diri sendiri..

lg plak diary aku dah abis muka suratnyer..
tah bile plak nak beli baru..
mr.safwan kate die nak belikan baru, tp dgn syarat, aku kne bg yg lame kat die..
die igt main monopoly ke boleh nak trade sesuka ati..
byk cantik..

pikir....
pikir....
pikir....
pikir....

tengok! kan aku dah kate aku xde idea..
xcaye lg?

sekian, wassalamu

Sunday, July 3, 2011

malam hilang pedoman

sebenarnyer, kalau boleh..
aku xnak maki2 org dalam blog ni..
tp apekan daye.. inilah satu2nyer medium yg aku boleh guna nak melampias marah aku mlm ni..

jom kita same2 siasat kenape mlm ni aku emo x tentu pasal
1. malaysia kalah ngan taiwan atas kesengalan pengadil yg terang-terangan x adil.
2. someone around here yg x tau norma2 dan batas2 hidup bersama.
3. kakak yg x berperangai macam kakak.. mcm katak pun xde jugak.
4. laptop ni privacy aku.. ko nak pkai, xpe. aku bg.. da la ko x mintak.. xpe aku xkisah.. tp kenape ko kne ubah2 ape yg dalam laptop ni? kenape ko close program yg tgah aku pakai. ko pkai lptop aku yg dah mmg terbukak, sbb aku g tgok tv, ko igt ko boleh pkai laptop aku sesuka hati, pastu ko boleh wat pape je kat laptop aku? macam tu?

haa!! sape lg nak menguji tahap kesabaran aku mlm ni?? silakanlah.. sikit lg je ni.. dah paras2 hidung je nak meletup.

sekian, wassalamu

Saturday, July 2, 2011

ayt yg tercinta

hehe..
kontroversi tol tajuk..
klu aku artis, mesti dah ramai reporter yg busybody skrg..
klu aku elia awek si khairul fahmi,
antara 2, mesti org dah kagum gler dengan fahmi atau jeles giler dekat elia..

malangnyer aku bukan siape2..
org yg aku sayang pun bukan siapa2..
jadi cerita ini juga adalah cerita yang biasa2 saje..
yang aku sorg je boleh kagumi..
(sepatutnyer kagumi dalam hati je, tp sibuk nak cerita dlm blog..memandangkan dah kekurangan idea nak cerita ape dlm blog yg xde kemajuan ni.. cerita la bnda bukan2.. ;p)

pada suatu hari, encik safwan membuat keputusan supaya aku tak perlu beli kereta, katanya 'demi mase depan yang lebih terjamin, cemerlang, gemilang dan terbilang, eloklah aku menggunakan kereta dia saje'
dalam erti kata lain, dia nak bg aku pkai kereta die la..

dalam hati
1. 'ala.. nak pkai kereta baru'
2. 'yes!! xyah abiskan duit gaji utk bayar duit kereta bulan2. ;)'

antare 2 perasaan, aku berperang dalam hati..

tibalah hari yang dijanjikan...
en.safwan datang ke rumah untuk menghantar harta kesayangan die..

situasi: berdue (atau bertiga dlm kereta-xigt ade ke rizman haikal dlm kete tu.. klu ade pun x byk beza, budak kecik tu tau tido je)
bila aku tanye, 'nanti abg nak pkai kereta mane?'
'pkai kereta lame ayah' ala.. tersentuh plak hati.. kereta lama ayah.. i mean - mmg lame..

diam..

diam lg..

die drive..

aku plak byk berfikir..
takut plak rase nak pkai kete die..
byk sgt pantang larang.. nti klu jadi pape, die marah ke x..
maklumlah kete yg dah dimodified enjin, body, sume2 la..
aku ni da la bukan watak megan fox dlm transfomers yg pandai pomen kete..
mcm mane la aku nak handle kete ni klu ade problem..

xlame lepas tu..

aku tanye die, x syg ke bg aku pakai kete tu.. maklumlah, seperti yg aku state kan di atas, aku bukanlah megan fox.. aku cume gadis kampung ayu, lemah lembut dan baik hati.. aku xde mase sgt nak menelaah pasal kereta ni.. apetah lg nak g mencuri kereta mcm megan fox mase kecik2 dlm transformers..

jawapan en.safwan:
'kereta yg paling abg syg, pada org yg pling abg syg.. due2 pun yg plg abg syg, so xde hal la.'

senyuman lebar terus terpancar pd bibir aku yg mungil ni.. terus terase mcm mulut semungil angelina jolie.. mmg terse cun giler la mase tu.. bunge2 bertaburan di sekeliling aku..

jd, no doubt lg dah..
aku pk aku akn pkai kete ksygan die dgn sebaik mungkin.

tp akhirnyer, die x jadi bg plak kete tu..
tp bukanlah bermakne en.safwan dah x syg aku,
cume die gantikan kereta tu dgn kereta lain yg lebih terjamin condition nyer,
tnpa byk pantang larang, tanpa kerisauan yg seteruk memakai kereta kesayangan die..

buat pertama kalinyer, aku rase sgt bertuah..
malah lebih bertuah dr org lain..
jd aku pun mengupdate status fb aku
'terasa lebih bertuah drpd org lain'
dan aku mmg maksudkannya..

 moral of the story::
1. aku nak sgt tgok transfomers baru skrg.
2. aku sedikit kecewa sbb bukan megan fox dah heroin sequel tu.
3. aku lebih kecewa bile bukan aku yg terpilih menggantikan megan fox.. klu x, daripada perasan mempunyai bibir semungil angelina jolie, msti aku dah perasan aku sejelita dan seseksi megan fox.
4. tuhan lebih sygkan aku bile dengan tidak menjadikan aku sbg heroin citer tu, klu x, mesti skrg aku dah seseksi megan fox. Alhamdulillah, aku masih bertudung skrg..

Sunday, June 19, 2011

kau lari aku mengejar, diantara ruang rindu, kita berdua

persoalannye bukan sepantas mane kau boleh berlari..
tapi sampai bile ko kene berlari?

(tajuk, ade lah sikit kene mengena, sekurang2nya ade perkataan lari. tp aku nak maklumkan yang itu sbenarnye adalah lirik lagu mas idayu yg slu aku nyanyi ngan wardah mase karok- attention: skrg wardah dah x membuat kerja sia2 seperti slu ke pusat karoke ngan aku da, skrg die lebih berwawasan dengan menjadikan dirinya seorang model. tak lame lg jd glemer mcm fadzlun @ tengku azura la kot.. ;p)

 nmpak x betape modelnyer die? 

 cerita pasal wardah is really out of topic-lari dr tajuk dan isi entry sebenarnya.. tp saje nak promote member sendiri.. ;p

marilah kita menuju ke topik yg sebenarnyer sambil berlari
ape yg korg buat mase cuti hari pekerja hari tu?
(biasela aku slu lmbat.. hehe)
aku? alaupun korg xnak tanye pun ape aktiviti aku di hari pekerja yg lepas,
aku bertekad untuk bgtau jugak korg..

bile cuti, of the course la byk kenduri..
bile dah byk kenduri, mestilah nak pakai cantik2
bile dah pakai cantik2, mcm2 tempat la plak ko nak pergi kan?
bile byk temnpat ko nak pergi - jauh perjalanan, luas pemandangan... hehe

dalam perjalanan nak pergi kenduri yg ke berape pun aku xtau dah,
aku sampai kat satu sekolah..
kira singgah sebentar bersama kit kat la.. huhu

da seperti artis hollywood, kenape aku rase mcm dikejar oleh papparazzi?
bukan lah dikejar oleh papa kepada razzi..
korg paham kan maksud aku?

mule2 aku berjalan perlahan..
bile rase diekori,
aku berjalan cepat...
masih lg ade membontoti aku,
aku berlari ank,
masih tidak cukup dengan hanya berlari ank utk mnguruskan badan,
aku mula berlari laju,
sambil dikejar oleh 3 org lelaki..
(perasan x ade konsep ansur maju di atas.. name pun cikgu PJ dah)
tp igt, persoalannya bukanlah sepantas mana kau boleh berlari,
tp sampai bile ko nak kne berlari..
(dalam hati: ' klu ye pun aku buat salah, xyah la kejar.. aku mintak mahap la..'
'klu suke sgt pun kat aku, xyah la kejar2.. rimas tau x? lgpun aku da bertunang la (*blushing2*)
'ape hal korg ni kejar2 aku? igt aku ni ank ayam ke?)

 aku terus berlari..
terngiang2 lagu tomok di telinga nipisku
"diriku bebas tanpa bygmu lg,
teruskan berlari mengejar impian aku yang terkunci"

but the problem is, aku masih lg blum bebas dr dikejar..
apetah lg nak berlari sendiri mengejar impian aku..

aku lari..
panjat bukit,
turun ke lembah sunyi,
redah paya,
renangi lautan..
panjat bangunan..

akhirnya....
(mesti korg igt aku dah dpt meloloskan diri daripada diorg kan?)
tidak sama sekali..
akhirnya aku dah fade up asyik dikejar je..
sakit hati aku..
xtau sebab musabab kne kejar, tau2 da kne kejar je..
klu korg, sakit hati ke x?

aku pun berhenti berlari.
aku pusing ke belakang..
berhentikan mereka yg tgah bermati-matian mengejar aku..
ye ye je muke bersungguh-sungguh, sampai kembang2 hidung tarik nafas tercungap2 dalam usaha mengejar aku..
yg peliknyer apesal die x dpt2 lg tgkap aku.. padahal aku lari bukanlah laju mane pun..

aku pun bertanye...
apesal korg kejar aku ha? (persis erra fazira dlm sembilu, aku terase sungguh bergaya mase tanye diorg soalan ni)
bersungguh-sungguh plak tu..

mereka pun jawab:
kami adalah dosa2 engkau..
yg akn sentiasa mengejar engkau sampai mati..

aku punyer terkejut..
menganga aku ketakutan..
mata aku terbukak luas..

rupanyer aku bermimpi..

::::::::::::::::::::::::::::::::;;;insaf sekejap::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

laman sesawang yg dah bersawang

walaupun aku dah boleh online, tp kenape aku malas sgt nak update blog..

oh.. sudah terang lg bersuluh, dah tentu la sebab aku malas..
tu pun korang nak aku yg pikir ke? pikir sendiri x boleh ke?


tp malam ni lain.. aku bukan lg zam yg dulu..
walaupun shima asyik nyanyi aku tetap aku,
tp aku nak nyanyi balik lagu die, walaupun aku dah berubah..
sbb aku mungkin akan berubah untuk malam ni je..
malas update blog -----> tetiba menggila rajin update blog..

malam esok, bile aku dah sedar diri, yg lagu shima tu mmg sesuai tukaku,
maka, aku akn jadi

tetiba menggila rajin mengupdate blog-------> tidak tetiba (kerana ianya merupakan sikap semulajadi sejak aku dlm perut ibu lg) malas update blog..

jd, pokok pangkalnyer, aku tetap aku jugak lah kan? 

mlm ni aku nak perkenalkan sesuatu kepada korg semua...
ape?
ape pandang2?


ade 2 kereta kat ats..
aku nak tunjuk kat korg salah satu je..
tp aku tertunjuk 2 plak..


ok.. jom kite belit kepale otak jap..
aku ckp nak tunjuk kat korg salah satu..
korg kene pilih antare 2 ni..
klu korg salah pilih, mksudnyer korg salah teka,
tp yg aku nak tunjuk kat korg kan salah satu..
adakah yg betul itu salah?
maksudnyer klu korg salah pilih kereta yg salah, adalakah korg pilih yg betul?
dan bila korg terbetul pilih kereta, adakah jawapan korg salah sbb aku nak tunjuk salah satu..

soalannya, aku nak tunjuk kereta yg salah ke yg betul?

xpela.. xyah la korg susah2 pikir.. bukan dapat hadiah pun..

maka, dengan bangganyer, aku tunjukkan kat korg ape yang aku nak tunjuk..

tadaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


kereta yg diberi oleh tunang... Teeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttt!!!!!
salah!
kereta yg diberi pinjam oleh tunang.. kui2..
senang ati xyah pening2 pikir nak beli kete baru, nak bayar bulan2..
die yg bayar..


pikir:: lepas ni nak pinjam ape plak ea???

Monday, April 25, 2011

kronologi

pertama kali melihat dunia - 9 ogos 1987
kali pertama bersekolah - 6 tahun sekolah tadika
pertama kali terkencing dalam kain - pun mase tadika
kali pertama dapat no.1 dalam kelas - darjah 2 - umur 8 tahun
pertama kali menangis sebab x dpt adiah mase hari kecemerlangan - darjah 3
pertama kali dilempang di pipi oleh abah - mase darjah 5
pertama kali dipanggil cikgu - mase minggu orientasi kat maktab
pertama kali bercinta - 2006 (with my one n only mr. fiancee)
pertama kali mengajar - praktikum fasa 1 - 2009
pertama kali posting - 07 feb 2011
pertama kali gaji - 24 april 2011.

rase macam x percaya dah besar.
dah dpt gaji.
bermakna dah ade tanggungjawab..
selamat bertanggung jawab kepada rakan2 lain yg dah dpt gaji hari ni dan sebelumnya jugak..

sekian, wassalamu

Sunday, April 24, 2011

patutkah aku yg menderita?

ewah2.. tajuk bukan main lg drama melayu..
sebenarnyer, (tiada yg benar melainkan yg benar-benar belake)
entry ini adalah sambungan daripada entry sebelumnya..
yg mana, entry ini ditulis selepas masalah teknikal dibahagian mental dapat diatasi dengan rawatan yg penuh bergaye.

begini ceritanye...
setelah bertingkat2 penjare yg telah ditempuhi oleh luffy,
(termasuklah tingkat padang pasir yg maha panas, tingkat yg ade api membakar - sebijik mcm nerake la dan juga salji yg sejuk membeku)
tetiba, boleh plak ade tingkat 5 setengah yg berada diantara tingkat 5 dan 6 yg menempatkan pondan2 yg x melepak di lorong hj. taib.

dpt x korg bayangkan penderitaan luffy utk sampai ke tingkat 6 (tingkat bawah sekali)
di mana ace kne penjare..
siap berlawan dgn ketua warden penjare yg mkn devil fruit-venom.
seluruh badan die dipenuhi bisa.. sape lawan ngan die mustahil menang.

luffy pun kalah..
tp telah dirawat oleh pondan yg mempunyai muke paling besar di dunia. mcm pinggan!

dipendekkan cerita yg panjang...
 (ni belum sampai part yg aku nak cerita betol ni - aku pun da naik bosan da tgu bile cerita ni nak abis)

korg nmpak x penderitaan luffy nak selamatkan abg die?
nmpak ke buat2 x nmpak?
nmpak mcm x logik, (katon mmg x logik pun)
tp itulah kenyataan. hehe..

luffy x sempat nak selamatkan ace dipenjare janji - nyanyian awie,

ace & luffy pun menyanyikan lagu glemer m.nasir & siti nurhaliza-bagaikan sakti

ace:
'setapak melangkah, 2 langkah ingatan kanda pada dinda
luffy:
adinda bersumpah jika kekanda tidak kembali,
adinda akan menyusul kekanda.
menginjak pada tanah yg sama
bernafas pada udara yang sama
ace:
layar berbelok2.
sauh dibungkar di tempat tenang.
yang tinggal hati x elok,
yg pergi hati x senang.

 setelah beratus-ratus episod aku tgok, baru kat episod 400++ ni aku tau yg diorg ni bukan adik beradik kandung..
hati terkejut bukan kepalang.
perasaan semakin berkecamuk lebih parah apabila digigit nyamuk sambil menonton babak2 yg mendebarkan..

biase klu kite bace novel, mesti kite letakkan diri pada watak heroin tu kan (sbb aku pempuan)
tp dalam katon ni, aku xtau nak letakkan diri aku pada siapa...
pada luffy?
pada ace?
pada datuk die yg dah ssh payah jage diorg dr kecik?
pada captain buggy (oh tidak!)

akhirnya, luffy berjaya jugak lepaskan si ace ni daripada dipancung.
dan masa nak larikan diri daripada tempat tu.
berlaku sesuatu yg menyayat hati aku.

ace mati dibunuh oleh salah seorang anggota navy semasa nak lindungi luffy.


x semena-mena, air mata pun berguguran..
jatuh perlahan ke sarung bantal berwarna hijau pucuk pisang..
wargghhhhh!!!!!!!
aku tenggelam dalam emosi yg sangat teruk..
kenape aku boleh beremosi sgt tgok katon ni?

seperti mana aku tgok citer kuch-kuch hota hai,
citer thursday with morrie,
citer blind side,
citer one litre of tears
mcm tu jugak lah aku menangis dek kesedihan melampau...

setelah menempuh onak ranjau berduri,
perjalanan luffy nak selamatkan ace mcm sia2...

bila aku ceritakan pada sorg kawan,
yg aku nangis beria sbb ace mati dibunuh...
mari kite same2 bace dialog di bawah..

aku : aku sedih gler bile ace mati.. nangis x henti2.. aku terase hidupku kosong, gelap gelita, walaupun rumah sewa aku x balck out (dialog ni telah ditokok tambah mengikut kesesuaian)
die : la.. ace tu bkn watak penting pun.. kadang2 je ade.. bukan slu kuar pun.. tu pun nak sedih..
aku : weh, aku ngan adik beradik aku pun setaun bpe byk kali je jumpe, lau salah sorg dr diorg xde msti aku sedih gler.. aku terlalu meletakkan diri aku pada luffy rupenyer... huhu

pengajarannya, siapa jugak yg pergi menemui Ilahi, haruslah sedikit sebanyak kite berase sedih.. walaupun hanyalah watak katon yg 2-3 kali je kuar setelah beratus2 episod ia ditayangkan.. huhu
jadi persoalannya, patutkah aku yg menderita???

p/s: pendidikan seni.
aku nak letak gambar tp tenet yg mcm siput babi ni terlalu menguji kesabaran aku yg senipis kulit buaya ni.. sok2 jela aku isi ye.. ;p

sekian, wassalamu

Saturday, April 23, 2011

azam tahun baru

sape yg ade azam tahun baru di tengah2 tahun mcm ni..
da la tgah tahun, tangah mlm plak tu..
rubbish betol la..
tajuk je..
sumpah aku xde azam tahun baru..
saje nak ckp sbb teringat plak yg aku xpernah betol2 ade azam tahun baru..
ape lg nak menjayekan azam tersebut..
ibarat jauh panggang dari api..
aku adalah : jauh zam dari azam
(kalau azamudin xpela)

sebenarnye, tiap2 kali tahun baru aku xpernah ade azam pun..
azam cume akn ade bile ade org tanye ape azam aku..
lagipun da name aku pun zam..
itu membuatkan aku berfikir yg aku dah x perlukan lebih dr satu perkataan zam dalam hidup aku..
(make sense, rite?)
kadang2 aku pakai name aizamia..
yg ni lg la xmasuk akal..
sbb muke aku lgsung xde mcm org jepun pun..
klu aku tipu mix pun org yg lembam atau org yg cacat penglihatan jela yg percaya.
klu korg percaye, aku xnak ckp banyak la..

ckp pasal jepun..
ermmmm....
ape yg korg tau tentang jepun?
yg aku tau jepun tu penjajah..
bapak aku kate tsunami ngan gempa bumi yg jd baru2 ni kat jepun tu balasan die menjajah negare org dulu..
(lmbat giler bru dpt balasan. huhu)
menjajah tu x salah..
yg salah bila die bg org mnum air sabun.
perah limau kat luke torehan pisau..
(die igt kite ikan lpas kne siang ke nak perah2 limau?)
ape2 pun, aku ttp bersimpati dgn rakyat jepun dan juga rakyat malaysia yg berada di jepun.

ckp pasal jepun lg..
kawan aku sorg ni obses jepun..

ckp lg pasal jepun..
kat tempat aku ade sorang pakcik yg xbpe nak cukup tinggi..
maka die dipanggil Dan jepun (paham2 jela)
(dan di sini ialah name org. bukanlah dan kerana terdapat due bnda utk dinyatakan seperti limau dan oren.
atau ungkapan biasa - tak dan = tak sempat) - harap2 budak kelas BM aku bace part ni)

same seperti tajuk, sebenarnye aku telah termerepek terlalu jauh daripada topik sebenar..
korg pernah tgok anime jepun - 1 piece??
klu x tau 1 piece, korg mesti tau tajuk komik budak getah.. kan?
xtau jugak?
maka rugilah barangsiapa yang xtahu..

katon ni mmg seronok ditonton.
sumpah.
dan katon ni mmg ramai gler pengikut.
klu x ramai, xkan la katon ni boleh bertahan sampai episod 400++ dan skrg masih berterusan sampai skrg.
sepanjang tgok katon ni, mmg ketawa terbahak2..
rumate aku yg dlu (elly) mmg la sakit hati bile tibe2 aku gelak mcm org gler biler tgok 1 piece.
kalau aku tgah sedih, tgok katon ni, aku terus lupe yg aku tgah sedih, sampaika kenapa aku sedih pun aku dah x igt kenapa.
korg igt?

sampailah pada suatu ketika...........
(muzik saspen lg menyaspenkan kedengaran di corong telinge yg lame x korek)

bile luffy (budak getah) nak mnyelamatkan ace, (abg die)
yg nak kne execute (bkn bermakne abg die cute- tp mmg la abg die cute, cumenyer cute die tu x cukup tuk halang die dr kne hukum pancung)
die nak dihukum bunuh oleh kerana aktiviti lanun yg makin x terbendung dikala hari mendung.
bukan sahaja di waktu mendung, time x mendung pun same je.. saje je nak bg rhyme tu menarik.

dipendekkan cerita (yg sebenarnye panjang berjela. nti kalau aku cerita semua kang kne saman plak ngan org jepun sbb kire ciplak hasil karya die)

setelah menempuhi jalan berliku, (sebenarnya jalan ni x berliku, cume tgok die nak selamatkan ace dalam penjara, dah mcm nak keluarkan org mati dr nerake)
mane x berliku, penjare yg si ace ni duduk kat tingkat bawah sekali. penjare plak 6 tingkat.
tingkat 1 menempatkan lanun2 kelas bawahan atau yg xde klas lngsg..
tingkat 6 plak menempatkan lanun2 yg dah capai tahap sufi die punyer jahat (perkataan sufi adalah ilham dr cik sherin)
tp setiap tingkat dipenuhi dgn halangan dan dugaan.
tingkat 1 - dugaan yg paling ringan yang aku pun dah x igt hape
tingkat 2 - lantai die berumputkan duri yg maha tajam
tingkat 3 - dipenuhi oleh binatang buas sebuas bapak aku mase tgah mengamuk
tingkat 4 -

mintak maaf
para penonton~
ibu2 bapak~
oleh kerane penulis menghadapi masalah teknikal di bahagian mental,
maka entry ini tidak dapat diteruskan.
melihat saja sudah stress, apa lagi menghabiskan menulisnya..
wuhuhu~

sekian, wasalam

Friday, April 15, 2011

setting satelit

hari ni aku mngajar dengan penuh bersemangat..
bukanlah bermakna aku membuat ABM pelbagai..
cume tetibe aku semangat nak melukis kat white board..
mungkin aku dah disampuk oleh hantu pablo picasso..

 cbe kite zoom skit...


kenal x gambar ape yg aku lukis ni? hehe

bile dah siap lukis, aku pun dengan kembang kempisnyer 
(mksudnyer mulut kumat kamit membebel care nak buat ayat) 
mengajar dengan penuh semangat berbantukan lukisan yg seakan2 lukisan pablo picasso ni, 
dengan harapan murid2 aku akn kagum dengan bakat melukis aku.. 
(budak2 mudah je nak kagum sbb diorg pun x pandai lukis.- ni la masenyer aku nak berlagak. semasa di maktab, sungguh segan nak melukis, takut dicemuh, di caci dan di maki.. wahaha)

tgah aku syok sendiri mengajar, 
ade sorg budak asli ni,
oleh kerana terlalu kagum dengan lukisan aku..
die duk perhati je whiteboard, tgn x menulis2 lg,
yg mane x lame lg, bile aku naik hangin, tgn aku plak duk gatai cubit budak tu nti.

'cikgu..' budak ni bangun..
'ye..' kate aku.
'lukisan cikgu.. nsaudgauisgdaibdaudfvauvdaudauid' 
aku x dengar dek kerana hingar bingar kelas sebelah yg sedang berparti liar sbb xde cikgu..

'ape? cikgu x dengar.'
'lukisan cikgu cantik giler, x pernah sy tgok lukisan secantik ni.. sy rase cikgu adalah org paling berbakat yg pernah sy jumpe' - ayat yg aku harap keluar dr mulut die.(hehe)

budak ni pun bangun dan dtg dekat dgn aku supaya aku dengar puji-pujian die kepada aku.
'lukisan cikgu salah' mulut mungil yg seakan2 mintak penampar tu berkate dengan comel dan yakin.
'ha? ape yg salah?' tanye aku x puas hati. (x puas hati giler.. haha)
aku pikir, xde plak komputer yg aku lukis nmpak mcm pokok..
ke die rase kamera yg aku lukis nmpak mcm org utan?
'atau printer yg aku lukis nmpak mcm mesin basuh otomatik jename singer 15 kg yg berharge nak dkt 3 ribu tu?'
'satelit cikgu xde benda ni'
 die pun dengan yakin dan bersemangat, menunjukkan bukti satelit aku x secanggih satelit yg terdapat dalam buku latihan die..
oleh kerana satelit yg aku lukis tu x secanggih satelit yg ade dlm buku tulis, maka, satelit aku x dpt berfungsi dengan baik.
seterusnya seramai berbilion-bilion manusia kat muka bumi ni x dpt berhubung dengan sempurna. line tepon pun asyik putus2 je..
ptut la due tige hari ni, line celcom kat bukit serok ni mcm berok 
(sesuai kan klu berok tinggal kat bukit serok? nmpak mcm semula jadi n ade chemistry je name kampung ngan name binatang tu)

jadi, utk memulihkan semula sistem komunikasi yg tergendala, line internet yg buffering lebih dr 2 hari (lain kali pkai unifi - 'no buffering' dengan senyuman kambing, sam bunkface memalingkan muke sambil berkate kerana terlalu gembira tiada buffering semasa menonton video di internet.  )

aku pun tambah la skit mcm kipas ke hape benda tah kat satelit aku td..
terus line celcom kat hp aku naik. 
siap line die lebih dr hp. (terkeluar 3 klu x silap aku)
kirenyer xyah pkai unifi pun dah ok dah..
kompem no buffering online pkai berok band (siput babi)

nmpak x benda cinonet yg aku tmbah kat blkg satelit ni?
tu je sebab kenape brokband korg slow mcm siput babi..

setelah aku setting balik satelit aku (terima kasih kepada murid aku yg genius lg prihatin yg dapat mnyelesaikan masalah teknologi yg serba canggih ni demi kebaikan semua manusia)
maka, aku harap korang dpt enjoy penggunaan broadband korg di tahap maximus on kili.

kalau x elok jugak, korg leh wat report bertulis..
t aku tambah la pape yg patut kat satelit tu k?

sekian, wassalamu.

Tuesday, April 12, 2011

hati biru

'bagaikan langit di sore hari
berwarna biru, sebiru hatiku.'

lagu melly goslow bermain2 di fikiranku..

'ewah2, mane plak ko pergi berguru sampai hati ko ckp warne biru?'
kalau ank murid aku ckp hati warne biru, mau aku hempuk pakai kerusi sebanyak 18 kali. 
sakit ati aku dengar kalau ade org cakap hati warne biru ok?
(bebelan di atas hanyalah bebelan semate2, kalau x membebel rase x sedap ati plak sejak 2menjak dah jd cikgu ni)
boleh jd masalah jugak lirik lagu ni kan?
boleh pengaruh kepale otak budak2 kecik..
maklumlah, kate org, budak2 kecik ni kan ibarat kain putih.
kite lah yg bertanggungjawab nak corakkan die.
masalahnye kalau die dengar lagu ni dulu sebelum kite sempat ckp kat die yg hati tu warne merah cane?

kalau die kate warne hati tu biru sebab kne penyakit bengkak hati ke, logik la jugak..
kalau hati manusia biase x logik, lagi2 lau org tu jenis yg cepat panas hati.. lg la x logik..

kejadian mcm ni pun pernah jd kat aku jugak dulu..
mase tu aku darjah 3..
masih segar dlm ingatanku (ewah, lirik lagu nurani pulak)
aku igt lg yg aku pernah tgok satu cerita melayu ni.
satu2nyer pelakon yg aku igt adalah norlia ghani..

ceritanye berbunyi begini.

norlia ghani ni ade ank pmpuan..
ank pempuan die ade bopren..
bopren die ade nafsu..
maka, terjadilah satu adegan yg terpakse disensor dlm cerita melayu..
klu citer omputih, die x sensor pun..
maka mate korg pun bulat la menonton aksi yg x disensor berkenaan.
kan?

setelah beberape ketika terjadinye adegan yg disensor tu,
maka, pempuan tu pun mengandung..
norlia ghani pun tau la ank die dah ngandung.
makanyer, dengan panas hati pun die pergilah menyerang rumah bopren ank dare die yg dah x dare tu.

mase tu ank die dah ngandung 3 bulan..
die pun ckp kat mak bopren ank die yg ade nafsu td yg diorang dah kena kawinkan ank diorg..

'maklumlah, kate org dah 3 bulan ni dah xleh nak sorok lg dah' kate norlia ghani.

aku yg bodoh alang ni pun anggap org mengandung ni 3 bulan je dah boleh bersalin.
nmpaknyer, norlia ghanilah yg telah mewarnekan kain putih aku yg suci bersih tu sebelum  mak aku sempat trunkan ilmu rumah tangge kat aku.. yela, baru darjah 3. xkan la mak aku dah sibuk nak cerita kat aku sume tu.. tp die pun xkan sgke jugak ape yg norlia ghani dah buat kat aku yg baru darjah 3 ni kan?

satu hari aku pun tercakap kat akak aku org pmpuan 3 bulan mengandung da boleh beranak,
akak aku marah.. die kate 9 bulan..
sampai nangis2 lah aku gaduh ngan k.ja sebab duk pertahankan norlia ghani..
wahahaha..

sanggup norlia ghani meracuni pemikiran kudus aku yg baru berumur 9 tahun mase tu..
baligh pun belum tau x?

sekian, wassalamu

Sunday, April 10, 2011

ibarat katak dalam bilik air

matapelajaran : Bahasa Melayu
tajuk : peribahasa (yg telah dimodified berdasarkan pengalaman kisah benar seorang guru di pedalaman yg x berape nak dalam sbb x dpt pun elaun kesusahan)
tatabahasa : bahasa sms
nilai : kesabaran

hari ni hidup aku mcm x senang..
aku bukak blog..
aku ttup blik blog..
aku bukak lg..
aku ttup semula..
terasa mcm ade yg x kena je dgn blog aku ni..

klu ade org yg bukak ttup blog aku pun, aku yakin mesti diorg akn perasan ade sesuatu yg x kena dgn blog aku ni..
masalahnyer, xde org yg bukak ttup blog aku. hahahaha (ketawaekan diri sendiri mcm org giler)

setelah aku mengkaji dgn lebih mendalam..
terperasanlah aku apekah masalah yg melande..
ermm..
korg perasan x.... ermm.. salah.. xde korg kat sini..
aku perasan yg da lame entry under label mengarut sekalian x dikeluarkan lg...
sedangkan mase di zaman kegemilangan aku (pernahkah aku gemilang?)
entry mengarut sekalianlah yg paling byk memeriahkan blog yg x brape nak meriah ni..
lately, semua entry aku berlabelkan sk bukit serok..
aku dah jatuh cinte ke ngan bukit serok ni..
xpun dah ade org gune2kan aku ni..
(fitnah tu dosa besar ye kwn2)

aku pun teruskan berfikir...
dlm usaha mnyelesaikan masalah minda aku..
kenape la aku dah lame x keluarkan entry mengarut sekalian?
setelah aku berfikir sambil menyanyikan lagu shaden
'ku fikir-fikir, ku fikir-fikir, lebih baik aku menyingkir."

barulah aku sedar yg rupenyer aku duk asyik terperuk dlm bukit serok ni..
peribahasa 1:
xde perjalanan, xdela pemandangan (peribahasa ni di adaptasi dr jauh perjalanan, luas pemandangan)
xde ape yg nak ditulis..
otak aku semakin berkarat
kehidupan aku sekarang cume berkisar tentang rakan sekerja dan murid2 yg selenge + mlas buat kerja sekolah dengan alasan memancing dan menjaga adik di rumah kerane emaknyer keluar berjalan2.. wah2.. x heaven plak hidup aku?
peribahase 2:
otak karat (diadaptasi dr otak udang, lau otak udang ni maksudnyer bodoh, otak karat bermaksud, dulu die pandai, cume otak die karat je.. lame2 boleh jem)
aku terpakse akui yg otak aku dah berkarat teruk..
nak servis balik tgu la mase cuti bulan 5 nanti..
itu pun kalau bukit serok ni (bukit serok lg) x banjir lg la dan masih ade jalan utk aku pulang..

sekarang, dapat aku simpulkan kehidupan aku ibarat katak dalam bilik air (diadaptasi daripada peribahasa ibarat katak bawah tempurung)
persoalan : (dapat melatih murid berfikir secare kritis dan kreatif)
kenape aku x lg menggunakan perkataan tempurung..
1. skrg kelape mahal.. ssh dah nak jumpe tempurung bersepah2 utk dijumpai oleh katak, seterusnya menyelinap masuk ke bawahnyer..
2. sekuen masalah kelape mahal, ramai org beli santan segera je skrg.. mudah.. tinggal nak gunting dan tuang dlm periuk. klau kelape betol, byk bnda nak kne buat.
                              1. beli beruk
                              2. latih beruk panjat pokok kelape (sebelum tu pastikan dah belajar bahasa beruk)
                              3. latih beruk pilih kelape.
                              4. bersabar ( sbb x mungkin beruk ko trus pandai je pilih kelape)
                              5. berehat ( berehat dulu, ko pun lau aku suh duk kat skola sehari suntuk pun x
                                  larat gak kan? ni pulak beruk )
                              6. sambung berlatih
                              7. bile dah pandai, sruhlah die petikkan kelape tu
                              8. dah dapat kelape? kalau dah dapat ape lg? kopek la kelape tu. klu blum dapat,
                                  sila ulang langkah 2 - 7
                              9. dah kopek? pandai kopek kelape x? klu x pandai kne tabah langkah lepas 7 tu jd
                                  7.5 iaitu belajar kopek kelape.
                              10. dah la.. korg g la belajar sendiri mcm mane nak dpt kelape.. boring la nak ajar..


dan kenape pulak aku gune perkataan bilik air?
sbb, hari tu, ade katak pisang dlm bilik air umah aku ni..
mase aku nak ttup pintu boleh pulak die terspit kat pintu..
aku bukak pintu, die lompat kat aku..
ape lg, dgn suare mcm mak nenek, aku jerit kuat2..
aku pantang tol ngan katak ni.. haish..
aku kluar, x d mandi..
tumpang bilik air lain g mandi..

menurut laporan, katak tu dr pg dah ade dlm bilik air tu.. aku x perasan..
housemate aku yg lain selambe je mndi walau ade katak dlm bilik air tu..
mane la tau tah2 ade org letak cctv tp dlm bentuk katak bg mengkaburi mate pihak berkuase..
(igt ko nasha aziz ke ade org nak skodeng?)

dan bg katak tu pulak, walaupun xjauh perjalanan die, tp aku yakin, luas pemandangan die pada hari tu..
lepas siap mndi, atas nasihat en. tunang, aku g panggil budak asli, tgkap katak tu..
dgn selamber diorg tgkap masukkan dlm plastik.. akhirnyer, selesailah masalah aku dgn seekor katak..
dan walaupun x jauh jugak prjalanan aku, dptlah jugak aku pengalaman dengan katak..

sekian, wassalamu

dilema guru novis bulan ke-3 minggu 1

assalamulaikum...

walaupun dah nak masuk bulan 3,
tp aku masih lg dlm dilema guru novis..

sebelum tu,
marilah kite same2 merungkai misteri ketiadaan tajuk entry
1. dilema guru novis bulan 4
2. dilema guru novis bulan 1
3. dilema guru novis bulan ke-2 minggu 1
4. dilema guru novis bulan ke-2 minggu 2
5. dilema guru novis bulan ke-2 minggu 3
(yg lebih korg kire sendiri boleh x? bosan tau x nak taip benda yg same byk2 kali.. igt wat assignment ke goreng sampai berbelit ayt, bile bace balik ayt yg tengah taip same plak ngan ayt kat page belakang)

kenape tajuk2 berikut xde dlm pem'post'an entry dl blog aku ni..
1. kalau lah semua tajuk ni ade, kompem, aku dah boleh buat novel

2. kalau aku dah buat novel, kompem lepas ni adela produser2 terkenal mcm david teo atau ahmad idham nak watkan muvie tuk novel aku yg bertajuk 'dilema' ni..
3.bile dah nak sign kontrak wat filem, aku akn tukar tajuk cter jd 'delima'- rasionalnye ialah, aku seorang guru BM yg xberape nak tulen.. ala, u know, like 'i sound stupid when i speak malay'.. (tu pun klu aku dah jd artis bru la aku nak ckp cam tu mase aku berucap nti) aku nak ank murid aku bezakan maksud dilema ngan delima. nmpak x betape komitednyer aku sebagai guru, sampai bile nak wat filem pun masih lg igt akn ank2 murid aku yg rate2nye sgt mlas nak buat kerja rumah.

salah seorang murid top ten yg slu x siap keje umah + slu x dtg skola
beliau merupakan ank kepada pngasas LINUS di sekolah..
name beliau adalah christina A/P linus

selingan
 sila bace dialog di bawah dengan sebutan, nada, dan intonasi yang betul.

aku (cikgu BM) : kenape awk x dtg skola semalam christina?
christina: sy jage adik sy cikgu.
aku (lg) : kenape pulak? mak awk pergi mane? kerja?
christina : x. mak sy pergi berjalan?
aku (lg2 aku) : amboi.. nape awk x ikut mak awk g jalan sekali?
christina : mak sy marah cikgu.
aku (the return): (nak marah, org asli.. haish)

4. (kali ni betul2 sebab ketiadaan tajuk entry di ats) broadband kne bar.. huhu (sedih)
5. aku bz.. bukanlah niat nak mengungkit.. tp kau sengaja yg membangkit.. akulah teman dikala susah, akulah teman di pengubat resah (bait di atas adalah lagu siti nordiana yg aku x kompem betul ke x.. igt2 lupe.. byk mkn semut la katekan) 
aku: jurulatih bola jaring sekolah. 
aku (lg) : jurulatih pelari 4x100m sekolah yg selalu di jemput memeriahkan hari sukan sekolah lain. (yg mane sekaligus memeriahkan beban kerja aku. ewah) 
aku (lg2 aku) : jurulatih bola baling di tengah terik panas mentari, sampai ke tulang hitam panasnyer ..ermm.. tumpang tanye, tulang hitam tu yg mane satu ea?
aku (the return) : S/U sukan seperti mana yg korg sedia maklum. (tp keje S/U sukan aku slunyer dah disiapkan oleh cikgu bob yg sgt rajin membantu.. hehe)
tp dgn banggenyer, budak2 nettball yg dilatih telah dpt no2 peringkat kelompok..
dan ade 4 org student aku yg dipilih wakil kelompok utk bermain dperingkat daerah.
dan 2 org sepatutnyer dipilih utk wakil daerah bermain peringkat negeri, tp oleh sebab yg x dpt dielakkan, budak2 tu x dpt pergi.. sian tol.. aku cukup kecewa.. kecewa giler.. jd aku bgi la korg tonton gmbar budak2 ni..

care nak bezakan org asli dan melayu hanya dgn tudung..
so, bg yg free hair di luar sane, klu nak dtg bukit serok, silalah pakai tudung.
nti klu org asli sini jemput korg mkn biawak msk kari, korg jgn marah plak.
(seriusly, diorg mmg masak biawak msk kari. sedap katenyer)

persoalannye skrg, apekah dilema  guru novis bulan ke 3 minggu 1?
klu dah tiga bulan ngaja, kompem2lah gaji yg jd dilema..
(sebenarnyer, perenggan ni je isi yg boleh menjawab persoalan bg tajuk di atas)

sekian, wassalamu..


Sunday, March 6, 2011

rahsia

ade 1 rahsia..
yg sy igt sy dah bersedia nak bgtau awak..
tp, rupenyer awk yg x bersedia nak tahu rahsia ni..
xpe..
dah berbelas tahun sy simpan rahsie ni..
xkan jd masalah klu sy nak simpan lg berpuluh tahun..
secret stay a secret

Thursday, February 24, 2011

dilema guru novis minggu 3

apekah dilema guru novis minggu 3..

masuk minggu 3, patutnyer dah makin boleh sesuaikan diri dgn keadaan..
contoh: mase hari 1st nak lapor diri bgun seawal pukul 6..
mandi, siap2, 7.15 dah kuar dr rumah dgn bergaye menuju ke sekolah.
masuk hari kedua: bgun 6.15 sbb dah tersedar semalam awal sgt smpai sekolah.. xde sekoq manusia pun lg kat skola.
masuk hari ke-4: bgun pkul 630 sbb tgok cikgu2 kat skola ni pkul 730 pun ade lg yg bru sampai.. tp aku ttp la awal skit.. dlm 725 dah sampai. sbb bertanye dan dapat jawapan yg kne ade kat skolah sbelum pkul 730.. standard la tu kan?
hari ke 12: bgun pukul 645, sbb sedar klu bgun pkul 630 bertembung ngan housemate yg tgah mndi.. nak kne tgu gak.. baik bgun lewat skit.
hari ni: bru aku sedar yg jadual kelas sebenarnye bermula pukul 745.. ces!! hampes.. aku punyerla berusaha sampai sebelum pukul 730.

sesuaikan diri dengan rakan sekerja
klu dulu duk je kat meja, tgu org tanye, aku jawab..
tu pun ikut skema jawapan.. tkut salahnti kate x berilmu plak..
skrg dah mampu bersembang2 dgn lebih santai sambil join diorg semasa aktiviti mencolek yg mane aktiviti mencolek diadakan setiap hari.. selalunyer betik la yg menjadi mangse.. sbb pokok betik bersepah2 kat skolah ni.. huhu
menyesuaikan diri dengan rakan sekerja termasuklah memanggil individu yg sepatutnye dah boleh panggil makcik, tp ttp kne panggil akak..
tp tu la etika rakan sekerja.. name pun rakan, kan?

sesuaikan diri dengan geografi
patut2 bile dah masuk minggu ketiga, dah boleh hafal la bentuk muke bumi kat sekitar sekolah..
kalau dulu, jalan asyik termasuk je dlm lubang yg same selama 15 hari beturut-turut, patut2 hari ni dah boleh elak lubang cume dengan memandang dengan sebelah mate..
dgn rakan sekerja..

satu je lg aku x boleh sesuaikan diri..
ppd rompin terlalu jauh dgn sekolah aku..
kire2 2jam lebih.
makenyer aku xdpt lg surat lantikan spp sbb x de org yg sanggup nak ke sana dan tlg amikkan.
sekian, wassalamu