minggu lepas aku balik umah..
bertemu kedua org tua (i mean, betol2 tua. ;p)
mak merungut sedikit sebanya pasal kehidupan die.
emak cakap.
'mak rase idup mak sekarang dah x seronok macam mase korang kecik2 dulu.'
aku dapat lihat yg mak mmg maksudkan ape yg die cakap.
serius shit, sebelum ni pun aku dah rase benda yang sama.
cume aku x pernah cakap kat sape2.
takut pihak yg bertanggungjawab terdengar, lalu lari dr rumah - tanpa memakai selipar plak tu.
jadi aku diamkan saja.
emak ckp lg,
sejak org asing dah masuk dalam rumah, dan menjadi sebahagian daripada keluarga kami,
kami masih tahu bergembira, cume, dulu lebih gembira.
kami masih pandai melawak, cume, dulu lawak kami lebih berkualiti.
kami masih lagi boleh ketawa, cume dulu ketawa kami mcm langsuir, skrg macam ank dare tercekik biji rambutan.
kami masih lagi mengamalkan aktiviti memanjangkan waktu makan dengan bersembang, cume dulu, waktu itu lebih panjang.
cuti tengah tahun lepas, en.safwan ade dtg ke rumah
(misi menghantar bantuan ke rumah ank yatim - aku la tu ;p.. bantuan tu plak adalah berbentuk sebuah kereta)
en.safwan ade ckp
'org dalam umah b ni semua pandai melawak.'
dan die sangat risau sekiranya die x dapat bergerak seiring dalam usaha membuat lawak.
jd, sebelum menghantar aku pulang ke rumah dr kl, die terlalu berfikir ape lawak yg die harus buat supaya die lebih mudah berkomunikasi dengan famili aku, kononnya.
akhirnya, aku yg tgok die mcm dalam keadaan tertekan pun bertanya apeka punca tekanan beliau.
sambil tergelak dengar penjelasan die, aku ckp
'kenapa nak kne fikir nak buat lawak ape? xyah susah2 fikir. orang yg x pndai melawak selalunya akan jadi mangse je kat umah kami.'
elok lah klu die x pndai buat lawak. kalau semua org pandai melawak, dah xde sape la yg akn jd mangse.
agaknya, kalau die kenal aku dr dulu, mesti lg tertekan.
(sila refer cakap emak yg di atas)
emak cakap lg,
nanti bile kami semua dah kahwin, dan ikut suami,rumah emak masih perlu di jaga setelah ketiadaan emak.
nanti bile kami semua dah kawin, semua mesti balik berkumpul raya di rumah emak walaupun mak dah tiada.
nanti bila kami semua dah kawin, janganlah bergaduh sesama adik beradik setelah ketiadaan emak, sebab emak ckp, emak dah xde nak leraikan pergaduhan.
nanti bile dah kahwin, sentiasa tanye kabar adik beradik yg lain. tolong adik2 atau kakak2 yg idupnye lebih susah, lepas ketiadaan emak, sbb emak dah xde nak tolong.
kalau dulu,
aku selalu rase mak x sayang aku mcm emak syg kakak aku.
tp sekarang aku x peduli dah tu semua.
kalau mak xsayang aku, xde plak aku hidup macam org yang xde emak.
kalau dulu,
mak x susah2 masuk ladang,
menoreh getah,
jadi tukang masak,
xde la plak aku dpt jadi cikgu mcm sekarang.
walau ape pun yg org lain cakap pasal mak diorang,
mak aku tetap mak yg paling hebat dalam dunia.
sekarang ani nak cakap..
ani sayang mak, walaupun nanti lepas ketiadaan emak.
emak will always be the best mom in the world.