Showing posts with label lovey dovey. Show all posts
Showing posts with label lovey dovey. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

hadiah untuk en.safwan

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

tahun ni tahun paling mudah aku sambut besday en. safwam. selalu pening pale pikir nak bg hadiah ape. jd, sempena sambutan pertama harijadi dia kami bergelar husband n wife, aku pikir, nak bg die ank sebagai hadiah ulang tahun kelahiran die. mungkin lmbt 2 or 3 hari, tp xpe la. aku bg hadiah bmde bermyawe pd die. hehe.

hepi besday 26th hubby. luv u damn much.

Wednesday, December 21, 2011

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari

owh. hari ni excited sgt nak tulis blog. sampai lupe nak ucapkan 'Assalamualaikum'.
Assalamualaikum.
tak jawab dosa, jawab dapat pahala
(yg mane aku benci sungguh kalau ade org yg cakap benda ni kat aku. huh! diulangi: huh!!)

hari ni, kita akn membincangkan topik yg glemer.
seglemer mcm mase aku kawen
(kire glemer la jugak klu nak kire bpe gajet yg menyala-nyala flash cameranya sbb nak tgkap gmbar aku yg x berapa nak glemer ni. kirenyer, perkahwinan jela yg buatkan aku glemer sekejap. dah la aku giler glemer. )

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari  no.1
sebelum kawen lg aku dah dpt kumpul hadiah. wah! aku mmg suke hadiah. hehe. suspen!

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari no.2
sebab hadiah jugaklah, aku dpt bertemu dgn insan ni.
tadaa!!!
ini adalah kawan aku dr alam maya.
tp bukanlah mcm dalam citer omputih yg ade kawan fantasi sume bnde mengarut tu.
klu aku ade kawan fantasi pun,korg bukan boleh nampak pun. tgkap gambar bogel pun boleh mcm tu. (kawan fantasi aku le, xkan la aku plak. nak kne ketuk dgn en.safwan?)

ini adalah cik ara. dah dekat 2 tahun dah kenal dlm pesbuk. dlm blog, die je yg kenal aku, sbb die x tulis blog. hehe. (aku saje je wat2 x kenal)

tp yg sgt2 syok, dlm pesbuk, bukan main lg kutuk mengutuk tahap petala 7.

mase nak jumpe, (cik ara nak pass adiah je sbb xleh attend majlis aku, tp sbb dah dpt kad, die kne jugak bg adiah. hehe) 
oh, kenape hati ni berdebar2.
mcm nak naik bas express wat 1st time.
mcm nak terberak, tp x jumpa toilet awam. takut terberak kat situ jugak.
mcm nak terkencing, dah jumpe tandas, tp masuk2 xde air plak.
mcm mase bakal mak mertua nak sarung cincin tunang.
mcm mase dengar en.safwan lafaz nikah.
(ewah! mentang da kawen, nak show off)
macam nak jumpe blind date.
ensem x die mcm aku?
die ade gg taring mcm aku x?
die tinggi ke rendah?
cukup ke sifat die?
mcm mane kalau yg aku nak jumpe tu sebenarnyer alien?
atau serigala dlm cerita red riding hood tu?
yela, mane la aku tau. sebelum ni, cume sembang kat pesbuk je.
kalau kucing yg menaip pun, die letak gambar org, pun aku boleh percaye.
bukan aku pernah nmpak pun die.

tp, x seperti yang aku gambarkan dalam kepale otak,cik ara is just perfect as what she appear in pesbuk.
die ensem, same mcm aku.
die ade gigi taring, cume xleh nak lawan gigi taring aku.
(sbb die cume sebelah, aku ade dua2 belah)
kire kalau dlm citer twilight,
(yg mane aku x sempat tgok dgn encik safwan, sbb kesempitan segale2nye. mase, duit, kereta dan sebagainye. moral of the story, aku terus muhasabah diri dengan lagu raihan yg x menghairankan lg. igt lima perkara sebelum lima perkara, lapang sebelum sempit. maknanya, lain kali kalau ade mase dan duit, terus g membazir tgok wayang citer omputih yg lalai lg melalaikan itu)
cik ara ni mcm vampire cacat la, sbb taring sebelah xde.
vampire x cukup sifat. xleh jd ank angkat doc cullen. aku boleh.
jd adik angkat edward pun ok la. sekali sekale, boleh intai die mandi. hehe
(tp kat sane nti mesti vampire lain igt aku vampire negro. korg rase x?)

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari no.3
walaupun kaum kerabat vampire lain x dpt dtg, termasuk vampire cacat @ vampire x cukup sifat, hadiah pun dah lebih dr bagus (hehe)
tp, hikmah yg lain ialah kawan2 lain dtg dan support aku mase aku kawen.
kire back up member la. dan dgn adenyer diorg, aku dpt mengekalkan tahap gedik aku sepanjang majlis berlangsung. 
 terima kasih diucapkan kepada yuyun yg mengheret ahli keluarga dan kawan baiknye ke majlis aku. nti ko kawen, insyaAllah kalau xde aral melintang pukang, aku plak menjejak kembali tanah johor yg keramat tu.


pengantin lelaki sengaja diminta menutup muka dengan berpura2 yg beliau sedang berdoa
(supaya nampak lebih alim)
sebab die sorg je yg x pakai lipstik. org lain semua bibir merah y'all.

ketahuilah kawan2, kehadiran korg mmg membawa seribu makna, apetah lg teman aku tido dlm bilik pengantin (tanpa en.safwan la of course)
pengorbanan korg sgt berhargewalaupun korg xdela berkorban mcm lembu yg kne korban mase raye haji tu. kalau x, kompem dah korg kne sembelih mase kenduri hari tu utk dibuat lauk.
mesti org berebut nak mkn daging dayah. tp xcukup.
wardah plak kompem2 kne korban jd sup tulang.
dan elly plak just perfect utk lauk pengantin aku rase.tp aku x sanggup la nak mkn kawan baik aku sendiri. aku bg rombongan yg dtg je mkn. ok?

tp nasib baik pengorbanan korg x berlaku mase raye haji. you all are lucky. hehe

dan untuk pngetahuan wardah, en.safwan sgt admire dengan sireh junjung hasil collaboration kite berdua. dan kami abadikan bunge tu, tanpe sireh dalam lampu tidur yg kami dah anggap mcm pasu bunga.just perfect for the flowers. hehe.
tp bukan lampu tidur yg ko bg la. lampu tidur yg mmg sesuai dijadikan pasu dan lampu tidur.
oh, how romantic. haha

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari no.4
mak ngan abah aku dah dpt sorg lagi menantu yg x sure lg oleh memeningkan kepale atau x.
yg akan peluk die kalau buat silap dan menangis2 minta maaf.
oppss! sensor.



tgoklah muke mak n abah aku yg tengah pening2 lalat tu sebagai bukti hujah aku di atas.

hikmah perkahwinan tak paksa dan tak perlu berlari no.5
dan hikmah yg paling best.



aku dah ade laki!!!!!
(sambil senyum trsipu2. kalau korg tgok muke mase ni, sumpah korg mesti nak tampar, sebab aku tengah senyum gatal)

oh.sebelum aku terlupa. ini adalah tambahan.
kalaulah gambar berpakaian nikah di atas bukalah gambar aku, dah kompem aku xnak tgok lame2. tp, oleh kerana, pengantin itu adalah aku, yg memakai baju pengantin itu adalah aku dan muka pengantin itu adalah aku, maka, terpaksalah aku tgok berkali2 walaupun aku tau make up itu tidak sesuai untuk muke aku. korg pun tgoklah berkali2 kalau korg sudi, dan perasan yg pengantin itu adelah korg.

sekian, wassalamu

Sunday, October 2, 2011

oleh kerana stress

oleh kerana stress,
mlm td aku bermimpi,
baju nikah aku yg dah siap, langsung x lawa mcm yg aku hajati..
macam makcik tua pakai kebarung je, kateku di dalam hati..

oleh kerana stress,
pg td encik safwan yg pening2 lalat nak isi borang nikah kol aku..
bertanya itu dan ini smpai tak terjawab oleh aku.
'sekejap nak kol abah', kataku.
selalunyer org tua lebih tahu.
tp, malangnyer abah dah buat aku pening jugak mcm yg encik safwan buat kat aku.

oleh kerana stress,
aku kol adik ipar yg dah kawen 2 tahun lalu,
(tolong lah jgn igt aku ni andartu, i baru 24, you!),
jawapan dia same je dgn abah aku.
tp bile aku kol encik safwan dan bagi perkhabaran, die masih x terima jawapan aku.
lantas aku stress, dan menyetresskan pulak abah aku.
(abah aku pulak da la mmg kaki stress kalau korang nak tahu)
sampaikan bile aku kol balik encik safwan, aku terase mcm nak menangis sendu.
(dalam hati- kenapa lelaki sekeliling aku suke mendesak aku?)

oleh kerana stress,
aku terpikir macam-macam da.
aku fikir, xkanlah semua org yang nak kawen ada masalah yang sama.
kenape susah sgt nak isi borang nikah?
patut lah budak2 sekarang byk yang berzina.
hasilnya, lahirlah ank yg x berdosa.
tp, x lama lepas tu, aku beristighfar.
x patut pulak aku ckp mcm tu, aku pun bukan nyer byk sgt pahala.
dosa pun rasenyer dah x terkira.

oleh kerana stress...
baik aku tido,
ari pun nak hujan ni.. petang ni nak mimpi kawen ngan hugh jackman ke..
hilang skit stress aku.

p/s: encik safwan, sekiranya anda baca entry ni, dan rase x puas ati, tolong balas dalam bentuk sajak moden jugak ye.. pelawaan membalas pantun secare tradisional tidak akn dilayan. luv u ;p

Saturday, July 2, 2011

ayt yg tercinta

hehe..
kontroversi tol tajuk..
klu aku artis, mesti dah ramai reporter yg busybody skrg..
klu aku elia awek si khairul fahmi,
antara 2, mesti org dah kagum gler dengan fahmi atau jeles giler dekat elia..

malangnyer aku bukan siape2..
org yg aku sayang pun bukan siapa2..
jadi cerita ini juga adalah cerita yang biasa2 saje..
yang aku sorg je boleh kagumi..
(sepatutnyer kagumi dalam hati je, tp sibuk nak cerita dlm blog..memandangkan dah kekurangan idea nak cerita ape dlm blog yg xde kemajuan ni.. cerita la bnda bukan2.. ;p)

pada suatu hari, encik safwan membuat keputusan supaya aku tak perlu beli kereta, katanya 'demi mase depan yang lebih terjamin, cemerlang, gemilang dan terbilang, eloklah aku menggunakan kereta dia saje'
dalam erti kata lain, dia nak bg aku pkai kereta die la..

dalam hati
1. 'ala.. nak pkai kereta baru'
2. 'yes!! xyah abiskan duit gaji utk bayar duit kereta bulan2. ;)'

antare 2 perasaan, aku berperang dalam hati..

tibalah hari yang dijanjikan...
en.safwan datang ke rumah untuk menghantar harta kesayangan die..

situasi: berdue (atau bertiga dlm kereta-xigt ade ke rizman haikal dlm kete tu.. klu ade pun x byk beza, budak kecik tu tau tido je)
bila aku tanye, 'nanti abg nak pkai kereta mane?'
'pkai kereta lame ayah' ala.. tersentuh plak hati.. kereta lama ayah.. i mean - mmg lame..

diam..

diam lg..

die drive..

aku plak byk berfikir..
takut plak rase nak pkai kete die..
byk sgt pantang larang.. nti klu jadi pape, die marah ke x..
maklumlah kete yg dah dimodified enjin, body, sume2 la..
aku ni da la bukan watak megan fox dlm transfomers yg pandai pomen kete..
mcm mane la aku nak handle kete ni klu ade problem..

xlame lepas tu..

aku tanye die, x syg ke bg aku pakai kete tu.. maklumlah, seperti yg aku state kan di atas, aku bukanlah megan fox.. aku cume gadis kampung ayu, lemah lembut dan baik hati.. aku xde mase sgt nak menelaah pasal kereta ni.. apetah lg nak g mencuri kereta mcm megan fox mase kecik2 dlm transformers..

jawapan en.safwan:
'kereta yg paling abg syg, pada org yg pling abg syg.. due2 pun yg plg abg syg, so xde hal la.'

senyuman lebar terus terpancar pd bibir aku yg mungil ni.. terus terase mcm mulut semungil angelina jolie.. mmg terse cun giler la mase tu.. bunge2 bertaburan di sekeliling aku..

jd, no doubt lg dah..
aku pk aku akn pkai kete ksygan die dgn sebaik mungkin.

tp akhirnyer, die x jadi bg plak kete tu..
tp bukanlah bermakne en.safwan dah x syg aku,
cume die gantikan kereta tu dgn kereta lain yg lebih terjamin condition nyer,
tnpa byk pantang larang, tanpa kerisauan yg seteruk memakai kereta kesayangan die..

buat pertama kalinyer, aku rase sgt bertuah..
malah lebih bertuah dr org lain..
jd aku pun mengupdate status fb aku
'terasa lebih bertuah drpd org lain'
dan aku mmg maksudkannya..

 moral of the story::
1. aku nak sgt tgok transfomers baru skrg.
2. aku sedikit kecewa sbb bukan megan fox dah heroin sequel tu.
3. aku lebih kecewa bile bukan aku yg terpilih menggantikan megan fox.. klu x, daripada perasan mempunyai bibir semungil angelina jolie, msti aku dah perasan aku sejelita dan seseksi megan fox.
4. tuhan lebih sygkan aku bile dengan tidak menjadikan aku sbg heroin citer tu, klu x, mesti skrg aku dah seseksi megan fox. Alhamdulillah, aku masih bertudung skrg..

Sunday, June 19, 2011

laman sesawang yg dah bersawang

walaupun aku dah boleh online, tp kenape aku malas sgt nak update blog..

oh.. sudah terang lg bersuluh, dah tentu la sebab aku malas..
tu pun korang nak aku yg pikir ke? pikir sendiri x boleh ke?


tp malam ni lain.. aku bukan lg zam yg dulu..
walaupun shima asyik nyanyi aku tetap aku,
tp aku nak nyanyi balik lagu die, walaupun aku dah berubah..
sbb aku mungkin akan berubah untuk malam ni je..
malas update blog -----> tetiba menggila rajin update blog..

malam esok, bile aku dah sedar diri, yg lagu shima tu mmg sesuai tukaku,
maka, aku akn jadi

tetiba menggila rajin mengupdate blog-------> tidak tetiba (kerana ianya merupakan sikap semulajadi sejak aku dlm perut ibu lg) malas update blog..

jd, pokok pangkalnyer, aku tetap aku jugak lah kan? 

mlm ni aku nak perkenalkan sesuatu kepada korg semua...
ape?
ape pandang2?


ade 2 kereta kat ats..
aku nak tunjuk kat korg salah satu je..
tp aku tertunjuk 2 plak..


ok.. jom kite belit kepale otak jap..
aku ckp nak tunjuk kat korg salah satu..
korg kene pilih antare 2 ni..
klu korg salah pilih, mksudnyer korg salah teka,
tp yg aku nak tunjuk kat korg kan salah satu..
adakah yg betul itu salah?
maksudnyer klu korg salah pilih kereta yg salah, adalakah korg pilih yg betul?
dan bila korg terbetul pilih kereta, adakah jawapan korg salah sbb aku nak tunjuk salah satu..

soalannya, aku nak tunjuk kereta yg salah ke yg betul?

xpela.. xyah la korg susah2 pikir.. bukan dapat hadiah pun..

maka, dengan bangganyer, aku tunjukkan kat korg ape yang aku nak tunjuk..

tadaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


kereta yg diberi oleh tunang... Teeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttt!!!!!
salah!
kereta yg diberi pinjam oleh tunang.. kui2..
senang ati xyah pening2 pikir nak beli kete baru, nak bayar bulan2..
die yg bayar..


pikir:: lepas ni nak pinjam ape plak ea???

Sunday, March 6, 2011

rahsia

ade 1 rahsia..
yg sy igt sy dah bersedia nak bgtau awak..
tp, rupenyer awk yg x bersedia nak tahu rahsia ni..
xpe..
dah berbelas tahun sy simpan rahsie ni..
xkan jd masalah klu sy nak simpan lg berpuluh tahun..
secret stay a secret

Thursday, January 13, 2011

24 vs 18

bagai seorang yg berunur 24 tahun tp masih terperangkap dalam tubuh 18 tahun.
(eceh.. budget paris hilton)
artis giler muqaddimah aku kali ni..hehe

sebenarnye, aku da teramat sgt la mngantuk td..
tp oleh kerane ditinggalkan seseorang..
aku jd x ngtuk..
makanya, dpt la aku hasilkan hasil seni aku yg xseberape ni..

aku ni bukanlah jenis manusia yg susah..
atau suke susahkan diri sendiri..
atau suke nyusahkan org
(kdg2 je.. hehe)

aku xkan susah2 pikir bnde yg xde kaitan ngan aku..
contohnye:
kenape syeikh muzaffar yg dpt g bulan? bukan dr.faiz?
sbb die ensem ke?
lantak la sape pun yg dpt g bulan as long as 1 of malaysian kan?

tp, aku mungkin akn pikir,
kenape angkasawan xboleh mkn kacang sebelum pakai sut angkasawan diorg?
sbb takut terkentut ke?
sbb takut terkena sawan ke (kot2 la terkenan name angkasawan tu)
sebab ape aku pikir?
sbb aku ade la terpikir, kot2 nti aku boleh gak jd angkasawan..
kena la amik tau bnde2 basic..

tp xyah la aku amik tau lg camne nak drive rocket..
tgu la aku dpt surat kompem leh jd angkasawan..
tu pun tgu la aku dpt surat kompem posting..
jgn la arap sgt bile leh kompem jd guru DG41..
da kompem posting pun syukur yg teramat sgt..

dan aku xkan susah2 pikir,
kenape blok asrama kat IPTI byk giler..
tp tu pun still x cukup gak.

yg aku akn pikir, kenape la lau wat salah kena pindah blok asrama?
padahal salah ko cume terpijak semut gatal je..
itu pun semut tu x mati..
nyaris2 masuk ICU je..
tu pun salah ke?
(ini pun aku pikir lepas aku kne pindah blok la ats kesalahan berpakaian x senonoh di mata 'U KNOW WHO')

byk da ke korg bace?
sebenarnye aku lum masuk point atau tujuan sebenar aku tulis entry ni..
tu kire muqaddimah kedua la.. hehe

skrg..
tibelah masenye aku mendedahkan segale2nye..
bukan pasal kenape syeikh muzaffar yg boleh g bulan..
bukan dr.faiz?
aku x pikir pun bnde tu sume..
camne aku nak dedahkan?

dan jelas sekali tujuan aku juga bukanlah nak dedahkan aurat kat sini..
hehe

nak telan mati mak..
nak luah mati bapak..

aku xtau kenape aku benci sgt pepatah ni mase kecik2 dulu..
bile dgr je pepatah ni, aku trus terbayang katak..
xmasuk akal langsung..
aku pun xpaham ngan diri aku mase tu..
(skrg pun still xpaham ape kaitan pepatah ni ngan katak.. huhu)
sape dpt rungkai misteri ni korg akn dpt adiah misteri..
sumpah bukan katak! hehe

since aku xde tmpat nak luah,
aku luah kat sini jela..
sape yg terbace tu nasib la korg..
akn ditimpa malang tujuh keturunan.. hehe
(okey! aku tipu je)

sebenarnye adalah dilema bakal pengantin..
(nampak cam gatal x? hehe)
(xla gatal sgt klu ko bace sampai abis)
(klu x bace smpai abis tu kompem gatal ;p)

mcm yg aku nyatakan dlm muqaddimah td..
ala.. ala2 paris hilton tu..
aku rase mcm blum bersedia nak kawen..
korg dah ade yg sdia?
lau da sedia korg jela yg kawen..

mmg la skrg aku tgah upgrade skill n perfomance aku..
aku blaja masak..
aku bace buku2 agame..
aku hafal doa2..
ah.. mcm2 lg la yg aku buat sbg persediaan mental, fizikal dan rohani (bukan pakcik rohani)
untuk bergelar isteri
(ewah, tetibe topik serius plak.. hehe)

tp, makin aku blaja,
makin aku buat pemerhatian,
makin aku takut nak kawen..

sbg contoh:
aku tgok la sumone ni..
ank bru nak masuk 2..
tp aku tgok, lgsg x berckp ngan hubby..
komunikasi diorg sgtlah minimum..
klu mase bercinte bukan main lg asyik nak bergayut,
asyik nak dating je..
bile da kawen,
bosan..

aku ngan en.safwan..
dr dlu xpenah dpt paham lg macam mane nak berkomunikasi ngan baik antare kami..
dan aku pernah nyatakan perkare ni kat die..
aku slu bygkan yg aku ngan die due insan yg sgt2 berbeza..
adakah aku pun akn end up mcm sumone yg aku da observe td?

risau ni bukanlah dibuat2..
takut ni bukan lah sengaje aku pikir..
tp risau ni mmg tulus ikhlas dr hati aku..
takut ni mmg dtg tah dr mane..
dan dgn xmalunyer aku cerite kat sini..
layan jela ea..

aku ni plak da la xpndai nak berkias2..
straight to the point jela..

persoalannye,
dah bersedia ke aku nak kawen?
taip A untuk YA
taip B untuk TIDAK
(hehe)


sekian, wassalamu

Thursday, December 9, 2010

ayam tambatan

byk perkara yg boleh menggembirakan hati korg dan hati aku sepanjang cuti..
sebagaimana yg korg tau, cuti is boring..
dgn terjadinya beberapa perkara, mungkin boleh ubah boring tu kepada gembira..
contohnya, kalau umah korang menganjurkan kenduri kawen..
kakak korg kawen, korg mesti hepi sbb dpt abg ipar baru..
klu selame keje korg buang sampah, lepas kenduri, mungkin abg ipar baru korg jd pembuang sampah yg baru..
tp lg syok n korg akn lebih hepi klu korg sendiri yg kawen.. kan?
biar la korg kne jadi pembuang sampah kat umah mertua korg pun...
xkan menjejaskan kehepian korg sbg pngatin baru pun kan?

klu kakak korg bertunang plak?
ape korg rase?
hepi sebab bakal dpt abg ipar dlm jngka mase terdekat?
klu aku, aku x rase ape2..
tp aku hepi klu aku sendiri yg bertunang..
makanya, aku telah bertunang scare express spnjg cuti ni..
mane x express,
7 hari sbelum bru tau yg aku kne bertunang..
aku pun termenung la siang dan alam mngenangkan diri akn jd tunang org x lame lg..
termenung punyer termenung,
lepas da selesai majlis xnak hepi cam org giler plak.. hehe..

mlm tu, (malam la sgt, padahal pukul 730)
time org tgah sibuk smyg maghrib,
syafiq bawak kitorg pusing kampung naik hilux die..
berdiri kat belakang,
jerit kuat2 (xkuat, nak kne baling ngan sejadah ke jerit kuat2)
perasaan yg x terungkap..
seronok giler buat benda giler di tengah maghrib..
nasib baik xkena rasuk je..








mase bertunang, tahap kebluran aku adalah pada tahap paling maksima..
lpas majlis baru aku sedar yg aku x bergambar ngan kawan2 aku yg datang,
n aku x bergambar pun ngan sepupu2 aku..
tu pun nasib baik la ade mak teh en.safwan yg atur sesi bergambar..
lau x, tah2 lgsung aku x bergambar ngan sesape.. huhu
terima kasih kepada semua yg terlibat secare langsung mahupun x langsung..
sekian..
tgu episod seterusnya yg bertajuk,
kalau kawen jgn berlari

Monday, November 29, 2010

paling comel

sape?
sape paling comel?
bukan aku..
aku xkan jadi cam sumone yg suke mengaku diri die comel..
oppsss...
sape tuh? hehe

oleh kerana minggu ni akn terjadi sesuatu,
aku ingin berada dalam mud romantis je..
xnak gaduh2 (yg selalunye aku yg mulekan.. hehe)
xnak masam2 muke (slunyer muke aku je yg masam)
xnak ungkit2, merungut, membanding beza, menaakul dan sebagainye..

ok la..
tanpa ingin berselindung (macam puteri lindungan bulan)
entry ni adalah berkaitan aku dan en.safwan..

dulu aku selalu merungut..
selalu carik gaduh..
selalu masam2 muke..

sebab klu aku tgok couple lain,
mesti aku terfikir,
bestnyer diorg,
aku nak bf mcm tu..
aku nak die paham aku mcm bf minah tu paham sgt ngan si minah..
aku nak bf aku alim mcm bf si pe'ah..
aku nak bf aku comel mcm bf si joyah..
pendek kate aku slu x rase kitorg mcm couple lain..
aku slu jeles ngan couple lain..

ok.. xnak la sebut name sape2 lg dah..
pendekkan cerita...

lame2..
aku dah x terfikir benda tu sume..
aku dah berhenti try ubah die mcm yg aku slu nak..
aku dah mule terima die seadanya..
sbb perbualan dgn seseorang buat aku sedar yg die x pernah pun mtk aku berubah..
walaupun mase aku mengalami perubahan hormon (pempuan.. paham2 jela)
aku je yg byk sgt permintaan utk die berubah..
(walaupun die x pernah mengalami perubahan hormon)

satu hari..
aku dan die masuk LEVI's..
aku teman die pilih jeans..
mmg lame dlm tu.. ade la dlm sejam lebih kot..
ade la 3 or 4 helai suar die try..
naik lenguh kaki aku..
(die ni bab beli barang mmg cerewet..)

mase die sibuk pilih jeans, aku plak sibuk capture gambar die ngan salesgirl LEVI's tu..
sbb aku rase budak tu comel..
nak tangkap gambar en.safwan yg ade budak pmpuan tu skali..
then, die masuk fitting room..
skit punyer lame..
aku pun ketuk pintu dan tanye..
'try sluar ke berak? lame nor.'
budak tu sengih je bile dgr..
sambil tgu mamat cerewet tu dlm fitting room,
budak tu interview aku plak..
'akak ni amik photography ke?'
aku jawab la ape yg patut.. ikut skema jawapan..
then, da abis je sesi interview tu, budak tu ckp mcm ni..
'suke la tgok akak ngan abg ni.. comel..'

trus aku tersentap..
selame ni aku x erfikir pun kitorg ni cam couple yg comel la kan.. hihi
mcm asyik slu gaduh je..

tp, lepas tu aku tersenyum..
baru aku sedar, kite akn jadi couple yg comel bile kite trime pasangan kite seadanye..
kalau x, mungkin kite akn jadi couple yg masam je.. hehe
selame ni aku carik ape yg xde..
aku x tgok ape yg dah sedia ade..

akhirnya tercapai la impian aku nak jd couple yg comel.. hehe..

selamat bertunang kepada diri sendiri ngan en.safwan..
(ye aku akn bertunang. 3hb dis. sape2 bosan duk umah dtg la umah aku ye..)
sekian, wassalamu..

Monday, October 11, 2010

mood

mood aku kali ni adalah ALL OUT OF LOVE..
by Air Supply..

aku slu ngimol2 lau bab cintan cintun ni..
so, tuk makluman korg, sepanjang kengimolan aku ni, aku xkan update blog..
emosi terganggu, xde ilham nak tulis blog..
yg pling penting aku xkan ade ilham nak mengarut cam yg aku slu buat..
maafkan aku..

maafkan ke x?
aku tanye ni!! jawab la. boleh x????!!!
(tgok, aku dah diepnagruhi emosi)
sebelum aku ngamuk lg teruk, baik aku tggalkan arena blog ni secepat mungkin..

sekian, wasalam

Monday, October 4, 2010

chrysanthemum tea

hari rabu lepas,
sy beli chrysanthemum tea kat koperasi maktab..
sy rase ade sumone yg tau sy suke mnum chrysanthemum tea bile sy lteh...
bile sy rase dahage yg amat sgt, tekak sy akan lega lau dpt togok air chrysanthemum...

dlm klas puan salina sy xboleh benti mnum air tu...
lau sy jd puan salina rasenyer da hilang sabar..
sbb sy mmg togok trus dr tin tu..
sy x suke pkai straw..
sbb sy rase xpuas mnum air tin pkai straw...
bile ade titisan air tu terlepas skit dr bibir sy, sy akn lebih puas..
mcm org dahage yg dah setaun x mnum air, sy andaikan diri sy ketika mnum air chrysanthemum...

lame sy tenung tin chrysanthemum tu...
igtan sy menjalar pada awk...
awk tau sy suke mnum chrysanthemum bile sy letih...kan?

makin sy tenung, makin kuat ingatan sy pd awak..
aw igt x?
mase kite kat langkawi...
kite pergi kolam air panas yg x semenggah tu..
tempat tu separuh siap..
sepatutnya boleh jd tempat yg sgt cantik..
tp x diuruskan dgn betol...
tp still ade jugak manusia yg masih bergantung harap mencari rezeki kat situ..
ade la stall jual souvenir.
stall jual junk food..
sy igt lg, hari tu mmg panas...
dan kite keletihan..
byk dah tempat kite pergi..

smpai je stu, awk trus g kedai junk food..
sy nmpak awk bukak peti..
awk ambil air cincau..

mase tu sy pk, awk ptgkan diri sendiri...
air tuk sy awk xnak belikan pun..
 sy pun jln je kat depan...
sy igt lg ade makcik2 kat situ usik2 kite..
awk igt x?
sy senyum je..
mase tu sy mmg rase nak senyum je..
terhibur tgok makcik2 tu..

tibe2 awk hulurkan tin chrysanthemum kat sy..
sy igt awk dah lupe air yg sy ske mase letih..
sy senyum..
awk pun senyum..
sy say thanks...
awk cume diam n enjoy your drink..

then kite mainkan kaki kite dlm kolam tu..
wlupun xpanas sgt, tp ok la..kan?
bile angin kuat je, tin chrysanthemum sy yg dah kosong terbang melayang...
mcm la kertas die nak melayang kan?
tp still sy kejar n masukkan lam tong sampah...

dan, abislah kenangan sy, awk n chrysanthemum tuk hari tu...
nmpak simple kan?
tp sy sgt sukekan kenangan ni..

sy lg teringatkan awk sbb mlm tu kite gaduh truk sgt...
sy x benti nangis, n same cam mase sy say thanks,
awk x kate ape2..
dan bile sy tgok tin chrysanthemum dpan sy, tnpa awk,
sy rase sedih..
klu lah kenangan chrysanthemum yg dlu dpt kite putarkan balik..

Monday, September 6, 2010

dah tu aku nak kawen dengan siapa????

tajuk entry kali ni macam...
"padan muke kau!!"
bg sape2 yg x suke aku la.. huhu

kejadian ni berlaku beberapa minggu lepas..
puas aku pendamkan sorg diri..
kejap kang aku letak bawah bantal..
pastu, aku alihkan dalam baldi..
esoknyer aku campak atas kipas..

aku dpt kad kawen dr boyfren aku..
aku tgok tarikh pe sume,
then aku ckp la kat die yg aku xdpt pergi..
ade hal ape bnda tah mase tu..
bile smpai tarikh hari kenduri tu,
aku pun bukak balik kad tu..
baru aku sedar, name die kat kad tu..

yg peliknyer, sebelum tu aku da bace kad tu..
tp nape aku leh wat xtau je bile name die kat kad kawen tu??
rupenyer die yg kawen??
ni da mcm kes lagu iklim-bukan aku xtega ni..
hantar undangan pelbagai..
betul2 menguji kesabaran aku yg senipis kulit buaya
(lau aku wat dompet kulit leh gak jual mahal2)

pastu aku jerit kuat2..
'dah tu aku nak kawen ngan sape??'
aku tutup mata..
pejam...
lame....
bile aku bukak balik mata...
lah. aku mimpi rupenyer..

mungkin aku mimpi cam ni sebab kitorang da break..
mungkin...

sekian, wasalam..

Friday, August 27, 2010

sebab musabab

korg tau x kehidupan aku sgt boring dikala ini..
dan walaupun boring, assignment yg bertindan-tindih, bersimpang-siur serta bertali arus juga aku lgsg x endahkan..
boring la katekan.. (ade kne ngena x?huhu)
malah, aku lgsung x update blog walaupun aku boring...
xde ilham..
walaupun nak taip 1 hruf.. aku ttp tdk mengupdate blog aku ni..
org kate, seni ni mmg nak kne tgu datang ilham bru mantop.. hehe
msalahnyer, bile aku pikir2 balik, penulisan aku yg caca-marba oleh ke diklasifikasikan sbg seni??
mantop plak tu??? (senyum), (mlas nak buat smiley) (eceh, pdahal nak taip malas lg pnjg dr wat smiley) (senyum lg) (dah la, bpe kali nak senyum?)

kirenyer, kalau aku meletakkan diri aku sebaris ngan komposer2, atau penulis skrip atau pelukis mesti aku da lame lingkup... asyik xde ilham kan? akhirnya, aku jatuh muflis, lame2 org yg aku syg tinggalkan aku.. lpas tu aku nak mkn pun ssh.. lame2 aku giler.. aduii.. pesimis sungguh kepale otak aku ni.. anda bagaimana pula?

sebenarnyer...
sebenarnyer...
~dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyumanmu itu~
~kau juga merindui aku~

sebenarnye.. sebab utama aku tidak mengupdate blog ialah kerana aku sedang emo..
yes! ngimol2..
aku telah ditinggalkan (ke aku yg meninggalkan tah, aku pun xtau mane sesuai ngan situasi aku, huhu) oleh lelaki kesayangan.
boyfren?
yes! boyfren!!
so, aku xnak la gaya penulisan aku yg emo tu nti mempengaruhi kepale otak pare pembace blog aku...
biar! biarkan aku sorg yg menanggung derita ini.. (sambil berpusing, rambut mesti nak melayang punyer, pastu lari sambil mengesat air mate, wah mcm erra fazira lam pasrah la.. hehe)

ha.. ni la gaye aku mase tgah ngimol2.. 
sbb tu la aku xnak update blog..
risau korg terikut2 aku..emosi aku.. fesyen aku lg..
siap gambar black n white...
oh... betape emosinyer aku..
1. xelok blonde rambut..
2. berdose xpkai tudung
3.pakai lengan pendek pun xelok jugak..

kesimpulannya, hari ni aku da update..
puas la hati korang sekaramg kan????
huhu..
da la.. seni yg xseberape ni nak ditamatkan...
salam...

Monday, May 31, 2010

LANGKAWI..

korg pernah g langkawi?
aku pernah

bpe kali korg g langkawi?
aku pernah..

bpe lame korg stay kat lgkawi? 
aku pernah.. 

nescaye (mcm nescafe kan?? haha) lau pape soalan pun aku akan jwab pernah gak.. sbb soalan kat ats ni memain je.. warm up nak tulis entry.. huhu

walau mane2 pun korg pergi, ape kenangan paling manis korg mase g holiday?

jom kite kongsi pengalaman manis kat sini nak..
tp xleh la kot.. ruangan komen aku katenyer xberfungsi..
salah sorg drpd 3 follower aku wat report kat aku..

QUIZ:
siapakah follower yg telah membuat report pasal ketidakfungsian komentar blog aku?
a)qayyum
b)cikgu padi
c)dya ilham

(follower aku 3 je pun.. senang nak wat soalan aneka pilihan.. hehe)

sape tol aku belanje ais pop yg dipotong 2 utk dikongsi bersame aku.. huhu

ok..back to basic by christina aguilera..(xpenah dgr pun lgu ni.)
aku ke sane seorang diri dari JB ke Alor setar atau lebih tepat lg dari larkin ke shahab perdane..
1st time ni travel seorang diri yg kurus kering (tipu!!) sejauh ini..
oh tuhan.. lindungilah hambamu ini (doaku di dalam hati)
then, naik teksi, juga seorang diri yg kurus kering (ok! aku tipu je) ke jeti kuale kedah.
sampai jeti, pakcik teksi yg baik ati ("terime kasih pakcik" dilaungkan dgn bersemangat) telah tunjukkan aku jln2 dan lorong gelap menuju ke kaunter tiket..
pelbagai halangan telah aku tempuhi, meredah onak duri, hutan belukar, paya bakau, akhirnyaaku berjaye mendapatkan sekeping tiket yg lemah longlai sekali..

kemudian, aku diminta tulis name..
tanye aku dgn sopan santun (aku nak masuk gadis melayu)
"kenape kite kena tulis name ye?"
jeng, jeng, jeng!!!
memandangkan aku yg bru 1st time nak naik feri ni, bertanyelah aku ngan perasaan yg terlalu ingin tahu..
"t lau karam senang nak carik, nak tau sape lg yg xde"
abg tu yg sedikit control macho dan bergaya cam jackie chan pun menjawab dgn selambe..
(mungkin die dah beberape kali karam, sbb tu die nmpak selambe)
"gulp........." aku tertelan gule2.(sedap gak lau mkn gule2 telan terus ni)
aku rase cam nak patah balik je.. kalau aku tenggelam, sape je yg larat angkat aku yg kurus kering ni (tipu lg)??
aku rase cam nak patah balik.. tp bile mngenangkan ade sekeping manusia yg dah tgu di sane dan sekaki tiket feri yg aku dah beli dgn harga 23 ringgit malaysia, aku pun meneruskan perjalanan.. cewah.. amik seat kat kerusi urut sambil nak tgu feri.. xtahan.. muke bangge je duduk ats kerusi urut..
xlame pastu da leh naik feri...
terus ZzzZzzzZZzz.. kroh.. zzzZZz.. kroh..
da x igt da tkut karam.. huhu


penat x bace?
klu penat, taruk nafas dlu..
isap rokok jap..

skrg baru la tibe segmen kenangan manis tuh.. huhu
pkai helmet xde wizer..
naik EX5 yg seat pun da terkoyak..
pkai ray ban (spek mate lalat aku tu ler)
duduk membonceng smbil pgg pinggang penunggang motosikal tu yg merupakan pakwe aku yg disayangi.. hehe..
jlan, pusing 1 langkawi dgn mnyamar sebagai lalat yg memakai helmet smpai bontot aku pun sakit..
bile esok, kena pulang moto, n amik keta kancil plak, da x syok..
xdpt lg aku merasakan pngalaman sebagai lalat di langkawi.. huhu..
ok.. tepuk tgn.. citer da abis..
tp lau g lgkawi jgn lupe mkn kat jai restoren.
sgt sedap dan best.. huhu (mtk2 tokey die bace.. leh aku jd duta jai restaurant pas ni.. huhu)

p/s: xde gambar.. hp aku asyik trtinggal.. kamera hp en.safwan plak sgt la antik mantik.. xberani nak pkai.. haha