Sunday, October 16, 2011

confession of a biscuit (mayat)holic

hari ni hari ahad. 
mengenang balik hari semalam, sepatutnyer aku menjalani just another memorable saturday.
tapi, kalau nak dikenang balik, aku pun macam x percaye dengan ape yg aku dah buat semalam.

selalunyer, kalau hari cuti aku akn cuti betul2. i mean like a real holiday.
duduk, tgok tv, tido, makan.
sambil menyanyi lagu lazy song.
aku akan mencari seribu alasan utk tak berbuat apa2 di hari cuti.
kalau nak buat kerja jugak mase hari cuti, 
'baik ko carik kerja yang xde cuti, like 24/7.'
xyah la susah2 jadi cikgu. 
(masalahnyer, susah ke jadi cikgu? hehe)

menjawab persoalan di atas,

sebenarnyer, jadi cikgu memang x sesusah kerja lain.
(but dont forget, yg keje cikgu banyak cabaran)

kerja cikgu x susah. 
yang susahnyer nak jadi cikgu tu, mase nak apply.
out of thusands, u are choosen.
(sambil menaip ni aku tersengih)
(dan aku percaye, korang yang bace ni mesti tengah tersengih jugak sbb korg yg bace blog aku ni cikgu jugak-most of it. -eceh, dalam ati berharap ade silent reader. hehe)


awesomenyer menjadi cikgu chapter 1
sebab tak susahlah org semua berebut2 nk jadi cikgu. 
kluar awal skit dr ofis hour. 
kalau skola aku mule 745 a.m.
duduk pun dalam kawasan sekolah je, 
pukul 730 baru aku kluar berjalan kaki ke sekolah.
kalau aku cirit2 pun, lewat skit g skolah, aku sprint dr rumah pun masih lg sempat sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi.
tp kne lari bersungguh2 la.. dah sampai kne deeping-wajib!


awesomenyer menjadi cikgu chapter 2 (speacial edition on orang asli village teachers only)
bile aku pening, 
(sebab lame sgt tatap muke org2 asli-inilah kes di mana ia menjadi speacial edition)
dan rase x larat dah nak menempuhi dugaan mase tu, aku balik jap tido. dalam sejam ke.
(n of course time aku free ye)
bile aku rase bleh cabut awal ni, pelan2 aku kemas beg, buat muke mcm anak2 yatim skit, then aku cabut. tp paling awal pun 15 minit awal bile aku xde klas last period tu. hehe

awesomnyer menjadi cikgu chapter 3
ko xkan ade peminat sejati sesejati murid2 ko kalau ko bukan cikgu.
budak2 akan terima korang seadanya, dan akan tetap berebut nak salam korang walaupun sebelum tu kne marah macam la ko ni orang yg paling bodoh dalam dunia. 
bau kentut ko pun masih lagi wangi di hidung diorang. 
air basuh tangan ko pun kalau boleh diorang nak minum 
(kalau boleh la, tp selalunyer diorang xkan minum kalau x kena pukau dulu)


ape? artis pun ade peminat jugak hape?
owh ye. tak dinafikan. ade jugak golongan lain yg mempunyai ramai peminat.
malah jauh lebih ramai dari kalau ko jadi cikgu. 
tp kalau ko jd artis, org akn sentiasa nilai ko.
x macam jadi cikgu. guru besar, nazir, ppd atau org2 yang berkaitan je boleh nilai ko.
tp dengan menjadi artis, yang mane ko pikir awesome, yang mane aku pun pikir awesome, tp semua peminat ko akn judge ko by your cover.
kalau ko terkentut kat majlis amal berbuka puasa bersama ank2 yatim (yg mane aku harap aku ade sekali mase tu-kate tuk ank yatim?)mase org tgah bace doa- korang akan terus dianggap sebagai silent killer. lagi2 plak kalau ade la sorang due yg tumbang dek penangan gas beracun korang. orang kat situ semua diam membisu je sambil pandang korang mcm diorang dah kenyang walaupun belum makan pape lg.
xyah tgu lame, seminit due, masuk la blog2 gosip, beatifulnara ke, izyan ke, blog aku stress gilerr ke, blog serius ke. 
esoknyer pulak keluar paper
'artis cun terkentut semasa bacaan doa berbuka puasa bersama anak2 pakcik yatim'
itulah penghinaan yg paling hina dina sekali sekiranya terjai pada korang yang artis.


jangan terkejut kalau cikgu terkentut, ade ank murid yg kate 'busuknyer kentut cikgu!'
tp lebih terkejut kalau ade budak yg back up korang 'bukan cikgu la yg kentut, aku yang terkentut td.' 
but still, benda yg lebih mengjutkan adalah bila ade budak cakap 'mane ade busuk, cikgu walaupun kentut, tetap wangi'
(n it still in my imagination, i'll let u ols know if that happen. hehe)


awesomenyer menjadi cikgu chapter 4


iklan:
(korang rase tak yg tajuk n entry xde kaitan?)
(sabarlah mus, kate pak harfan. -laskar pelangi)


dengan menjadi cikgu, korang akn berasa awesome.
sebab, korang x payah nak pakai make up tebal2 mcm artis 
(ala, artis yg ramai peminat tu)
cukup baju korang cantik,  muke korang kemas dan senyum (caution: jgn senyum kerang), tiap2 hari korang akn dapat pujian (yang aku xtau ikhlas ke x) 'cikgu cantik lah hari ni. maka dengan senyuman yang bertambah manis, mud korang nak menagajar hari tu sangatlah berkobar. 
maka terbalaslah dendam aku dengan budak yg kate aku x bergaya tu.
yang membuatkan aku nak gelak macam setan. tp disebabkan aku bukan setan, aku terpakse melupakan terus hasrat aku. 
mase tu aku masih lg dalam dilema berada di sekolah ni sebagai guru novis. 
sila rujuk dilema guru novis minggu 2

(korang perasan x macam mana nak kaitkan pujian dengan semangat? ala, macam yg aku pernah ajar korang kaitakan perkataan, sehari selembar benang tu. kejayaan dan black out)


eh, aku dah cakap ke belum ape yg aku buat hari sabtu semalam, yang mane aku sepatutnye menjalani just another memorable saturday? belum? (sabarlah mus, kate pak harfan)


awesomenyer menjadi cikgu chapter 5
dengan menjadi cikgu, korang akn terus automatiknyer merase awesome. 
xperlukan lebih banyak alasan utk menjadi awesome. 
cukuplah dengan hanya menjadi cikgu. 


but.....................................................................................


walaupun out of thusands, and i'm one of the choosen to be teacher,
korang rase aku bersyukur x?
of the course la aku akn bersyukur.


tetapi mengikut dasar masusia lupe daratan,
ataupun mengikut dasar kacang lupekan kulit
(yang mane aku tau aku kacang tapi x bpe sure sape yg nak jd watak kulit)


dengan menjadi cikgu, aku merasakan, aku x dapat nak mencapai impian aku yg adelah a few.
(ke setelah aku x dapat mencapai a few of impian aku tu, baru aku jadi cikgu?)
korang silap. 
sebab, honestly cikgu was my 1st ambition that i ever dream of.


dan atas dasar- manusia memang tamak,
sepanjang beberape tahun aku belajar dari sekolah rendah, rasenyer tiap tahun aku akan pasang impian lain. untuk menjadi seseorang. walaupun sekarang aku mmglah orang.
tp yang penting aku tak pernah nak jadi seorang power rangers ye. 


(owh-mengeluh sambil mengelap peluh- kenape aku rase yang entry ni terlalu panjang- i mean betul2 panjang, bukanlah panjang seperti nickname encik safwan)

list of my ambition
1. polis
2. polis trafik
3. polis perisik
4. polis yang pandai buat kerisik
5. artis (bukan mcm artis yg terkentut mase org lain tgah bace doa tu, tp aku nak jadi pelukis.)
6. tukang jahit/pereka fesyen 
7. penyanyi (yg for sure xnak terkentut depan khalayak)
8. penulis novel
9. penunggang motorcross
10. pelumba kereta
11. pemilik bengkel
12. ahli arkeologi


dan antare banyak2 tu, yang paling terkesan sebab aku x dapat capai ialah ahli arkeologi.
yang mane, bile aku tahu, harapan aku utk jadi ahli arkeologi dah xde, aku menangis semahu2nyer. bukan sebab aku gagal capai cita2 tu, tapi sebab aku langsung xde peluang nak cube capai cita2 tu. (owh, baru aku tau aku ade kisah sedih)


dan, walaupun aku dah bekerja sebagai guru, jangan igt aku dah x pasang impian. i'm still.


impian 1.
setelah berkali2 menonton knight and day,
aku dah buat keputusan yang impian aku seterusnya ialah untuk menjadi seperti june havens.
hujah (alasan) : korang xnak ke jd awek roy miller? hehe


impian 2
dan, setelah berkali-kali menonton fast 5, aku telah membuat keputusan untuk menjadi seperti mia.
hujah (alasan) : supaya aku menjadi lebih tere bab kereta, di samping menjadi awek kepada brian. dan hidup senang lenang lepas rompak duit mafia besar brazil. nice kan?

impian 3
setelah berminggu2 melayan top chef,
korg dapat teka x ape kesan atau hasilnyer kepada diri seorang zam?
oh, tidak..
aku tidak bertambah suke memasak pun.
atau juga tidak bertambah suka makan.
tp hasilnyer ialah aku tergila-gilakan sam talbot. haha.
terus aku rase mcm nak jadi top chef jugak dalam misi mendekatkan diri dengan sam.
aku yakin sam juga begitu. 


ok. cukuplah. kalau aku ade impian baru, aku akan update.


owh.. lupe 1. confession yg aku nak buat.


td. (ahad)
aku bangun, mandi, masak.
pastu aku tido.
bangun semula.
terus makan. hasilnya sangatlah kenyang. 
masalahnyer, semalam, seharian aku x makan biskut mayat.
dan walaupun aku dah kenyang, aku tetap kena makan biskut mayat.
sebab aku rase hidup aku xkan lenagkap sehari tanpanya.


owh.. lupe 2
aku x bagitau korang lg ape yg aku buat semalam (sabtu)
aku berkobar2 dan bersemangat sekali menyiapkan kertas soalan dan memasukkan data bagi permohonan KWAPM (ye, walaupun tanpa pujian dr murid2 aku)
itulah sebab kenape hari ni, rase nak further study tu sangat meluat-luat -eh, salah- sangat meluap-luap. 
aku malu nak mengaku, tapi aku terpaksa mengaku yang aku rase aku rindu nak buat assignment.


(tak boleh panjang -bukan nickname en.safwan- lagi ke entry ni? )


boleh. nti aku post korang kne bace sampai lebam. 


sekian, wassalamu

3 comments:

  1. buatlah entry tak awesomenya menjadi cikgu plak...aku nak menyumbang point gak...huhu

    ReplyDelete
  2. ahahhaha..biarpun panjang lebar, daku tetp setia membacanya zam, sebab daku ialah cikgu, cikgu kan penyabar! woaahhhaaa!!!

    ReplyDelete
  3. ko sumbang point la dulu elly, bru aku boleh buat entry. hehe

    haa! kan awesome jd cikgu yana. haha

    ReplyDelete