Tuesday, October 11, 2011

terasa

wah2.. tajuk kali ni mmg nampak macam emosional giler..

apekah benda yang membuatkan aku terasa hari ni.

1. aku terasa letih berfikir. berfikir banyak sangat keje yang tak siap. fikir jela.. nak buat malas. lesson plan sgt la malas na buat minggu ni. terlibat ngan linus plak tu. ajar budak2 yg x berapa nak pandai mengeja mmg stress.. rase macam diperbodoh2kan je dek budak2 ni(sape yg bodoh sebenarnyer ni? ;p) mane la x stress. jom kite wat review kenape aku stress plak.

- muke dah tentu toye. muke macam orang asli je. (hehe) belum ajar lg dah stress.

- oleh sebab kebanyakan budak ni x pandai nak tulis nama sendiri, aku tolong tuliskan dengan hati yang ikhlas x minta berbalas pada buku tuk program mengeja diorang ni. then, ade sorang budak ni, bile aku dah siap je tulis name die, die tunjuk kat kawan die dan berkata 'panjang jugak nama kok (kok adalah bahasa orang asli yg bermakna aku). name ko panjang x?' sambil membelek2 name pada buku kawan die.. dah nak hujung tahun 1, baru die sedar yang nama die panjang. oh, program linus ni mmg stress.

- perkara yg lebih stress adalah bile diorang start mengeja. cuba korang eja ni ye. b+a = ca . b+i = ci.
ok. stress, tp belum cukup stress. cuba yang ni pula A + di = keladi.. percayalah aku nak je hempuk budak ni dengan kerusi.

2. aku terasa bahagia bile 2 malam lepas aku bermipikan aaron aziz. ha, jeles la tu.. aku tau dah... sekarang korang mesti terase plak dengan aku kan? hehe.
aku nak cerita skit je mimpi aku ni kat korang.. dlm mimpi ni, aku memegang watak sebagai seorang awek kepada aaron aziz yang telah beristeri. dan juga mempinyai seorang perempuan simpanan pulak.. mmg heaven hidup die dalam mimpi aku..

bulan lepas, aku mimpikan tom cruise. walaupun die jahat, sebab die pasang bom kat badan aku dan hanya bagi masa yang sangat singkat untuk aku matikan bom, tp aku tetap rase bahagia bermimpikan die. i mean, bukan semua orang dapat mimpikan tom cruise kan? hehe. kirenyar, kalau aku mimpi dlm mimpi tu pun, sbb kena bom ngan tom cruise, aku tetap rase bahagia.. bukan semua orang boleh mati kne bom ngan tom cruise dalam mimpi kan? hehe

masa aku f.5, aku bermimpikan menjadi awek cheng e-kin. sumpah, mimpi ni mmg bahagia giler. dan aku juga pernah bermimpikan rita rudaini (tema mimpi: gayban)

berpandukan mimpi2 yang ala2 muvie hollywood ni (a'ah kan.. npe plak aku tak pernah termimpi artis2 bollywood ea?) aku tlah come up with an idea.. yang diri aku ni pada kehidupan yang lepas adalah seorang primadona hollywood. marylind monroe la kalau xsilap aku. takpun elizabeth taylor. aku rase la.. jadi aku bertekad nak mencari siapakah diri aku sebenarnyer, seterusnya menerbitkan satu dokumentari giler glamor, dan seterusnya jadi glemer sebab orang igt aku giler.

3. aku terasa dengan budak2 darjah 6. hari ni aku kena jadi pengadil tuk pertandingan masak2 diorang yang ala2 ana oleson tu. sebab wat kat tapak khemah yg macam hutan.. (kan fresh macam ana olson gak tu. hehe )

yang aku tarase sangat tu sbb masakan diorang semua tawar.. jadi, kesimpulannya sekarang, aku terasa tawar hati dengan masakan diorang yang tawar tu. mencabar giler nak bagi markah.. haha

4. aku terase dengan nabil.. die x pernah pun nak ajak aku masuk pertandingan anda ada 60 saat. teras sangat.

4. last sekali, aku terase mengantuk dah walaupun baru pukul 11 malam..

dah.. tu je yang wat aku terase hari ni.

sekian, wassalamu

Sunday, October 2, 2011

oleh kerana stress

oleh kerana stress,
mlm td aku bermimpi,
baju nikah aku yg dah siap, langsung x lawa mcm yg aku hajati..
macam makcik tua pakai kebarung je, kateku di dalam hati..

oleh kerana stress,
pg td encik safwan yg pening2 lalat nak isi borang nikah kol aku..
bertanya itu dan ini smpai tak terjawab oleh aku.
'sekejap nak kol abah', kataku.
selalunyer org tua lebih tahu.
tp, malangnyer abah dah buat aku pening jugak mcm yg encik safwan buat kat aku.

oleh kerana stress,
aku kol adik ipar yg dah kawen 2 tahun lalu,
(tolong lah jgn igt aku ni andartu, i baru 24, you!),
jawapan dia same je dgn abah aku.
tp bile aku kol encik safwan dan bagi perkhabaran, die masih x terima jawapan aku.
lantas aku stress, dan menyetresskan pulak abah aku.
(abah aku pulak da la mmg kaki stress kalau korang nak tahu)
sampaikan bile aku kol balik encik safwan, aku terase mcm nak menangis sendu.
(dalam hati- kenapa lelaki sekeliling aku suke mendesak aku?)

oleh kerana stress,
aku terpikir macam-macam da.
aku fikir, xkanlah semua org yang nak kawen ada masalah yang sama.
kenape susah sgt nak isi borang nikah?
patut lah budak2 sekarang byk yang berzina.
hasilnya, lahirlah ank yg x berdosa.
tp, x lama lepas tu, aku beristighfar.
x patut pulak aku ckp mcm tu, aku pun bukan nyer byk sgt pahala.
dosa pun rasenyer dah x terkira.

oleh kerana stress...
baik aku tido,
ari pun nak hujan ni.. petang ni nak mimpi kawen ngan hugh jackman ke..
hilang skit stress aku.

p/s: encik safwan, sekiranya anda baca entry ni, dan rase x puas ati, tolong balas dalam bentuk sajak moden jugak ye.. pelawaan membalas pantun secare tradisional tidak akn dilayan. luv u ;p

Saturday, October 1, 2011

another memorable saturday

sabtu..
aku terperuk sendiri di bukit serok..
walaupun tiada beruk, tetapi line internet di sini sudah cukup untuk menggantikan beruk yang sebenar..

sabtu yang terperuk macam ni mengingatkan aku sabtu2 yang aku lalui sendiri mase kat maktab dulu..
x banyak beza, dudk sendiri, bercakap sorg2..
cume di sini lebih baik sikit, aku x payah nak berebut tv dgn manusia yang berbilang kaum di hostel. yang mana, kalau aku masuk bilik tv aku akn pening dengan bau manusia + bau taik kucing + bahasa yang bukan2 dapat didengari secara live ataupun melalui tv.
oh.. sgt stress...
plus, aku xpayah nak bersusah payah nak keluar utk sesuap nasi (bunyi mcm fakir miskin je)..
kat sini aku mkn je ape yg ade kat dlm rumah ni..

pg td mkn tepung, yg selepas di uli bersama sedikit air dan bawang, jadilah jemput2 yg sangat sedap di mulut aku..
(aku dah pandai masak jemput2 ok! haha)

ok, a little flashback ye?
dulu, apekah aktiviti yg akn aku lkukan pd hari sabtu yg memboringkan..
1. on the top list, bile dah boring melampau, aku akn me 'make up' diri sendiri menjadi lebih cantik dr biasa.. (hehe)
2. lepas dah make up, of the course la aku wat sesi fotoshot tuk diri sendiri plak.. bile dah perasan diri sendiri cantik rugi la kalau make up tu dibazirkan mcm tu aje.. kne la simpan wat kenang-kenangan..
3. bile dah puas fotoshot, aku akn tgok muvie, and of course with the make up on.. hehe.. mase ni la nak berangan jadi heroin.. contohnyer, jadi megan fox ke dalam transfomers. xpun jd emma watson pun ok gak, dlm harry potter.
ok, cerita ni agk memalukan, tapi aku terpakse jugak cerita (walaupun xde sediapa yg paksa aku, konon2 ade la org pakse..)
typical boring saturday in bukit serok. mase ni mmg boring, jd aku pun make up..bkn skit2 tp tebal punyer.. hehe.. lpas make up, fotoshot, pastu wat la langkah2 lain yang bile dah terlalu byk langkah utk hilangkan boring, lelame aku jd terlupe yg muke aku still on make up. x lame lepas tu,
'knock, knock'
persis nyanyian lenka, bunyi ketukan pintu kedengaran. aku pun, no doubt p bkak pintu.
'cikgu, sy nak mintak kebenaran pergi kedai' kate sorg murid darjah 6 kat aku. aku pun dgn yakin sain je terus buku kebenaran keluar masuk asrama. then mase die nak blah, die pusing n ckp
'cikgu, hari sabtu pun nak make up tbal2 ke? mase g skolah xde plak cikgu nak make up beria'.
aku yg mcm bru terjage dr mimpi tersentak.. mak aih.. malunyer.. bukan malu ape, malu la org tgok aku cantik sgt.. haha. ok. habis cerita!
4. then, dah lebam mate aku tgok muvie, keluarkan gitar, pandai tak pandai belakang kire.. petik2 sambil nyanyi skit2 dah la.. bile dah asyik salah kod je, bosan la smule.. hehe
5. pastu, bile dah rase lapar, aku amik towel n pergi mandi. start moto (moto pinjam kat wardah) g beli nasik.. x pun aku suruh je budak suruhan aku belikan.. hehe..

dan sampai skrg, jadual hari sabtu aku xkan berubah kalau aku dudk sorg2.
habis dah cerita..
p/s: sila tepuk tangan!

sekian, wassalamu

Monday, August 1, 2011

emak cakap

minggu lepas aku balik umah..
bertemu kedua org tua (i mean, betol2 tua. ;p)

mak merungut sedikit sebanya pasal kehidupan die.
emak cakap.

'mak rase idup mak sekarang dah x seronok macam mase korang kecik2 dulu.'

aku dapat lihat yg mak mmg maksudkan ape yg die cakap.

serius shit, sebelum ni pun aku dah rase benda yang sama.
cume aku x pernah cakap kat sape2.
takut pihak yg bertanggungjawab terdengar, lalu lari dr rumah - tanpa memakai selipar plak tu.
jadi aku diamkan saja.

emak ckp lg,
sejak org asing dah masuk dalam rumah, dan menjadi sebahagian daripada keluarga kami,
kami masih tahu bergembira, cume, dulu lebih gembira.
kami masih pandai melawak, cume, dulu lawak kami lebih berkualiti.
kami masih lagi boleh ketawa, cume dulu ketawa kami mcm langsuir, skrg macam ank dare tercekik biji rambutan.
kami masih lagi mengamalkan aktiviti memanjangkan waktu makan dengan bersembang, cume dulu, waktu itu lebih panjang.

cuti tengah tahun lepas, en.safwan ade dtg ke rumah
(misi menghantar bantuan ke rumah ank yatim - aku la tu ;p.. bantuan tu plak adalah berbentuk sebuah kereta)

en.safwan ade ckp
'org dalam umah b ni semua pandai melawak.'
dan die sangat risau sekiranya die x dapat bergerak seiring dalam usaha membuat lawak.
jd, sebelum menghantar aku pulang ke rumah dr kl, die terlalu berfikir ape lawak yg die harus buat supaya die lebih mudah berkomunikasi dengan famili aku, kononnya.

akhirnya, aku yg tgok die mcm dalam keadaan tertekan pun bertanya apeka punca tekanan beliau.

sambil tergelak dengar penjelasan die, aku ckp
'kenapa nak kne fikir nak buat lawak ape? xyah susah2 fikir. orang yg x pndai melawak selalunya akan jadi mangse je kat umah kami.'
elok lah klu die x pndai buat lawak. kalau semua org pandai melawak, dah xde sape la yg akn jd mangse.

agaknya, kalau die kenal aku dr dulu, mesti lg tertekan.
(sila refer cakap emak yg di atas)

emak cakap lg,
nanti bile kami semua dah kahwin, dan ikut suami,rumah emak masih perlu di jaga setelah ketiadaan emak.
nanti bile kami semua dah kawin, semua mesti balik berkumpul raya di rumah emak walaupun mak dah tiada.
nanti bila kami semua dah kawin, janganlah bergaduh sesama adik beradik setelah ketiadaan emak, sebab emak ckp, emak dah xde nak leraikan pergaduhan.
nanti bile dah kahwin, sentiasa tanye kabar adik beradik yg lain. tolong adik2 atau kakak2 yg idupnye lebih susah, lepas ketiadaan emak, sbb emak dah xde nak tolong.

kalau dulu,
aku selalu rase mak x sayang aku mcm emak syg kakak aku.
tp sekarang aku x peduli dah tu semua.
kalau mak xsayang aku, xde plak aku hidup macam org yang xde emak.

kalau dulu,
mak x susah2 masuk ladang,
menoreh getah,
jadi tukang masak,
xde la plak aku dpt jadi cikgu mcm sekarang.

walau ape pun yg org lain cakap pasal mak diorang,
mak aku tetap mak yg paling hebat dalam dunia.

sekarang ani nak cakap..
ani sayang mak, walaupun nanti lepas ketiadaan emak.
emak will always be the best mom in the world.

Monday, July 11, 2011

bateri

sungguh elektronik sekali tajuk kali ni..
yela.. kite dah moden.. sekali sekala,pakai la tajuk2elektronik.
this is my newborn niece. nurul ashiqin batrisyia

aku tanye abg die yg baru 4 tahun tu.
sape name adik?
die jawab 'baby pink'
sbb dr dulu akak aku mmg suke warne pink..
so, die pk pink tu mmg tuk pempuan..
bile dpt adik pempuan pun die duk ckp baby pink..

aku ckp kat angah aku, nak nampak ganas, panggil la Bat.
angah aku ade jawapan yang lebih gnas lg.

'mak ckp nak panggil bateri je'
begitulah kisah mak aku yg sungguh kreatif orangnyer..
walau apepun, aku harap batrisyia dpt membesar seperti bateri..
isi dalam lampu suluh, menyala
isi dalam walkman (ade lg ke walkman zaman skrg? haha), boleh kuar bunyi.
pendek kata, dapat berbaktilah ke mana saje die pergi..

sekian, wassalamu

Sunday, July 10, 2011

antara buaya, ular dan ikan jaws

antara buaya, ular dan ikan jaws..
mane yg lebih sedap tuk wat lauk tgah hari..
masak kari ke..

aku hanya bergurau di dalam intro di atas.
(x macam gurau pun..x klakar langsung!)

xdela..
aku just nak tanye korang..

sape2 ade pendrive??
(bertanya dalam nada yg paling lembut)

(aku gurau lg)
(tp knape xnmpak macam gurau pun? )

ade sape2 x dr korang survivor dr menjadi mangse keganasan atau keracunan ketiga-tiga haiwan ganas ini?
(kali ni aku dah x bergurau.. aku serius.. korg boleh nmpak dr riak muka aku skrg - jom webcam, klu x caye)

beginilah..
senang aku khabarkan kepada korang semua..
seumur hidup aku, ini yang pertama..

sekalipun tidak pernah terlintas utk bertemu sendiri dengan mangsa yang survive serangan makhluk ganas ni..

klu ular tu aku rase ade logiknyer.
tp, dlm cerita yang aku nak ceritakan kepada korg ni, mmglah x logik  benar klu korg dengar.

kisah aku::: kali pertama bertemu survivor makhluk pembunuh yg ganas lg menggerunkan.

aku: baiklah, cikgu nak awak ceritakan pengalaman manis awak.


cerita 1

ravieldo:::
mase tu sy balik kg sy kat perak..
sy pergi mandi sungai.
kat sungai tu ade buaya..
tetibe, buaya tu kejar saya dan kawan saya..
saya pun lari panjat pokok..
saya pun terselamat la dr buaya..

cerita 2

harizan:::
pengalaman manis saya berlaku di bukit serok je cikgu.
kate harizan sambil memandang aku
aku pun mengangguk minta die manyambung cerita.
mase tu saya sorang2 kat rumah..
saya main kat belakang rumah..
tiba2 ade ular sawa besar ni,
-sambil membuat bentuk bulat menggunakan jari kedua belah tangan..
dalam hati aku 'besar jgak lah'

saya pun lari la masuk dlm rumah..
tp ular tu masih lg kejar saya..
saya ambil pisau, lepas tu sy cincang2 ular tu kecik2..

cerita 3

fahmi::::
saya pergi pantai bersama keluarga..
mase saya tengah mandi, tetiba sy nmpak ikan jaws..
die kejar saya, saya pun lari cepat2 naik kat pantai..

'awak tipu kan?' tanya aku dengan muka bengis.
eh, silap.. sy x kne kejar, saya tgok dr jauh je ikan jaws tu cikgu..

sekian, wasssalamu

Wednesday, July 6, 2011

selepas tension

hahahahahahaha..

kenape? kenape aku gelak mcmorg giler walaupun aku x giler?
adekah aku terlalu hepi sampai aku boleh gelak begitu sekali?
salah!
jawapan ::
sbb aku boring giler..
(ade la jugak perkataan giler tu)

lepas je abis intebiu, aku bagaikan hilang arah..
punyer la terase free..
rase mcm dah xnak amik tau isu2 semasa.
rase mcm xnak bace paper, xnak tgok berita.
tujuan:: balas dendam stress kne tau sume isu semasa sebelum intebiu..

oh, tidak!
aku masih malas untuk mengupdate blog..

korang tau x ape cita2 aku dulu?
(lebih tepat salah satu dr cita2 aku yg melambak-lambak)

penulis nobella..
dan kalaulah blog yg cume tulisan nyer carca marba begini pun aku dah malas, bagaimana aku nak merealisasikan impian murni aku tu?

1 benda yg aku terpakse akui..
aku rase otak aku dah semakin lemah..
dah xde dah idea bernas nak mengarut dlm blog..
aku rase, aku dah kne makan beras pilihan bernas, supaya aku dapat menghasilkan hasil penulisan yang jitu gitu.. awww!
manelah tau kot2 nti boleh jd duta beras pilihan bernas plak.

beginilah, ape kate kalau aku bersare dari bidang blogging ni?
(dan saat ini, aku berharap ade seseorang yg mcm rafidah aziz mase tun dr.mahathir nak letak jawatan perdana menteri)

oh, tak boleh jugak..
sebab aku dah mengaanggap blogging ni ibarat menulis diary..
perasaan itu lebih menebal apabila blog ni x ramai pun org yg bace..
(kan macam diary tu, mane boleh org bace)
klu diary slu org sibuk nak bace, tp aku dah buat blog yg mcm diary pun xde org nak bace..
aku terpakse kesian kat diri sendiri..

lg plak diary aku dah abis muka suratnyer..
tah bile plak nak beli baru..
mr.safwan kate die nak belikan baru, tp dgn syarat, aku kne bg yg lame kat die..
die igt main monopoly ke boleh nak trade sesuka ati..
byk cantik..

pikir....
pikir....
pikir....
pikir....

tengok! kan aku dah kate aku xde idea..
xcaye lg?

sekian, wassalamu